Sunday 2 November 2014

TIPS MUDAHKAN TIDUR MALAM

salam sejahtera...

adakah anda tergolong dalam kumpulan susah untuk tidur pada waktu malam?terkebil-kebil pandang siling...hajat nak lelapkan mata tapi otak masih segar...?

alhamdulillah...saya tak alami masalah susah nak tidur ....cuma ada masalah susah nak bangun tidur...hehehe



okay....
beberapa tips  untuk membolehkan anda tidur dengan mudah dan nyenyak..

1. pastikan bilik tidur berada dalam keadaan yang sesuai untuk beristirehat @ tidur....
tiada TV,tiada laptop,tiada gajet yang pelbagai.bilik tidur adalah untuk tidur.


2. elakkan mengambil makanan berat pada waktu malam atau dua jam sebelum tidur kerana selepas makan badan anda akan bekerja untuk memproses makanan.tetapi elakkan juga tidur dengan perut kosong kerana anda akan terjaga kelaparan.minum susu suam dapat melegakan perut.elakkan minuman berkafein kerana ia merangsang otak untuk bekerja.

3. mandi air suam untuk melegakan ketegangan otot pada waktu malam.

4. berhenti melakukan tugasan sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu tidur.pastikan badan dan minda bersedia untuk berehat @ tidur.

5. pastikan waktu tidur adalah tetap.badan kita mempunyai jam fisiologi (physiological clock) yang berfungsi secara teratur.

6. selesaikan semua masalah siang hari sebelum waktu tidur.

7. bayangkan tempat-tempat yang indah dan menarik agar minda menjadi lebih tenang menjelang waktu tidur.

8. berhenti menggunakan gajet atau peralatan elektronik sejam sebelum waktu tidur kerana ia boleh membuatkan minda kita terus aktif.

dan...
sebagai orang Islam bolehlah kita mengamalkan bacaan ayat-ayat Al Quran yang mudah ataupun sebarang zikir....kerana sesungguhnya bila megingati Allah jiwa kita akan tenang.


sleep like a baby



Mudah-mudahan tips di atas dapat membantu anda..

****secara peribadi...
saya suka mandi air suam pada waktu malam...adakalanya menjelang jam 12 malam.badan terasa ringan dan lega selepas seharian menggunakan otot untuk bekerja.




3 comments:

Unknown said...

saya pun suka mandi air suam malam-malam. badan rasa relax jep..
SALAH SATU CARA UNTUK KURUS

Unknown said...

Malam-malam sebelum tidur. Saya suka amalkan ostematrix atau minum susu. Rasa tenang masa nak tidur... bangun pagi pon senang :)

Jom Baca: Kurus dengan tingkatkan Leptin

Unknown said...

fisha....
betul kann...rasa sangat selesa


fatihah..
oste pun melegakan sakit otot...hilang lenguh2 kaki masa tidur.