Friday, 26 December 2014

MANIS TAPI BAHAYA....BAGAIMANA MEMBEZAKAN TAHI LALAT BIASA DENGAN KANSER KULIT?

salam sejahtera...

pernah dengar perkataan tahi lalat hidup?
saya tak pasti di kawasan atau negeri lain tapi ini adalah perkataan yang digunakan oleh orang-orang di tempat saya bagi merujuk kepada tahi lalat yang agak besar dan timbul dari permukaan kulit.

banyak tahi lalat di wajah...
ada orang yang suka dan ada yang tak suka....bergantung kepada kedudukan dan saiz tahi lalat tersebut.
ada yang kata tahi lalat penyeri wajah...




APA SEBENARNYA TAHI LALAT?

ia adalah merupakan sel-sel melanocyte (pigmen warna kulit) yang terkumpul.



ADAKAH IA BAHAYA?

kebanyakannya tidak merbahaya.
namun ada tahi lalat yang boleh berubah menjadi sel kanser (melanoma) dan ada juga yang terus bermula sebagai sel kanser.



BAGAIMANA MEMBEZAKAN TAHI LALAT BIASA 

DENGAN SEL KANSER?


ada beberapa kriteria yang perlu diperhatikan bila terdapat tahi lalat yang besar di permukaan kulit kita.

secara mudahnya....ikuti aturan berikut:
A (asymmetry)
B (border)
C (colour)
D (diameter)
E (evolving)




1. Asymmetry (bentuk)
bukan kanser:
bentuk tahi lalat adalah sekata
kanser:
bentuk yang tidak sekata dan tidak seimbang


2. Border (permukaan tepi)
bukan kanser:
bahagian tepi lebih sekata dan jelas kelihatan
kanser:
bahagian tepi tidak jelas dan tidak sekata


3. Colour (warna)
bukan kanser:
hanya satu warna
kanser:
tahi lalat mempunyai berberapa tona warna


4. Diameter (saiz)
bukan kanser:
saiz kecil dan biasanya kurang dari 1/4 inci
kanser:
bersaiz lebih besar daripada 1/4 inci


5. Evolving (perubahan)
bukan kanser:
bentuk,saiz dan bilangan tidak berubah
kanser:
boleh berubah bentuk, saiz dan bilangannya


kanser (melanoma)


satu lagi perubahan yang patut diambil perhatian adalah apabila tahi lalat yang ada di badan tiba-tiba membentuk ulser dan berdarah.
ia kemungkinan besar adalah dari jenis kanser.




rajin-rajinlah perhatikan badan sendiri.
andai terdapat perubahan yang mencurigakan, sila dapatkan pemeriksaan dari doktor bertauliah dengan segera.


untuk rawatan kosmetik, tahi lalat biasa boleh dibuang...namun dapatkan rawatan daripada doktor untuk mengelakkan berlakunya jangkitan dan parut yang tidak diingini.







*****************


INGINKAN KULIT YANG BEBAS CELA?
TANPA JERAWAT,JERAGAT DAN PARUT?

AMALKAN SET ASAS UNTUK KULIT INI

HARGA ISTIMEWA MASIH BERLANGSUNG SEMPENA PROMOSI
VITA C PLUS DAN VITA E





UNTUK MENDAPAT LEBIH PENJIMATAN HARGA BELIAN 
DAN REBAT BELIAN PADA BULAN BERIKUTNYA

SEBAGAI AHLI
ANDA JUGA BOLEH MENJUAL KEPADA ORANG LAIN
UNTUK MENDAPAT
KEUNTUNGAN TUNAI
DAN 
BONUS BULANAN


SERTAI KAMI UNTUK MENIKMATI PENDAPATAN 
HANYA DARI RUMAH SENDIRI.






 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 23 December 2014

BANJIR BESAR DI PANTAI TIMUR

Salam sejahtera...
Sejak semalam group wassap dan telegram saya dipenuhi berita banjir besar di pantai timur semenanjung.hari ni keadaan menjadi semakin teruk.


Sahabat-sahabat sepengajian ramai yang bernastautin di pantai timur...risau dan sedih melihat gambar-gambar yang dihantar oleh mereka.


Fenomena air pasang besar yang bertembung dengan hujan berterusan menjadikan air cepat naik dan melimpah ke serata kawasan.
Khabar terkini, kawasan utara semenjung juga mungkin dibanjiri air yang melimpah dari selatan Thailand.tambahan pula dengan situasi paras empangan air yang meningkat.


Moga Allah melindungi kita semua.moga hujan berkurangan dengan segera dan paras air dapat surut dengan cepat.

Dalam situasi banjir besar seperti ini bekalan air bersih menjadi masalah utama.selepas banjir juga biasanya bekalan air tidak pulih dengan cepat terutama sekali jika kawasan tangki air turut terlibat banjir.ini yang berlaku di kampung saya pada 2010.


Semoga semua yang terlibat dengan banjir dapat menerima ketentuan ini dengan penuh ketabahan..
Jaga keselamatan diri dan keluarga...jaga kesihatan dengan sebaik mungkin.penyakit berjangkit mudah merebak walau selepas banjir reda.

Terus kita berdoa semoga musibah ini berakhir dengan segera....








Monday, 22 December 2014

BIBIR BERDARAH BILA TERSENYUM....8 TIPS ELAKKAN BIBIR KERING DAN MEREKAH

salam sejahtera...

"bibir merah bak delima merkah"
ungkapan orag lama yang menggambarkan antara ciri kecantikan seorang gadis.

bibir mulut, antara anggota badan yang besar fungsinya kepada kita.namun tidak ramai yang betul-betul mengambil berat tentang kesihatan ibir mulut berbanding jumlah yang memberi perhatian terhadap kecantikannya.majoriti wanita remaja dan dewasa menggunakan gincu bibir untuk kelihatan lebih menyerlah.

namun berapa ramai antara kita yang tahu bagaimana untuk menjaga bibir mulut agar tidak kering dan merekah?bibir yang kering dan merekah amat menyeksakan.susah untuk makan dan bercakap malah untuk tersenyum juga mampu mendatangkan keperitan.


bagaimana menjaga bibir mulut agar sentiasa lembap dan sihat?bibir mulut mempunyai kulit yang nipis, tiada liang roma dan kelenjar yang boleh memberikan kelembapan semulajadi seperti kawasan kulit yang lain.maka semestinya ia perlu diberi perhatian yang teliti.

8 TIPS ELAKKAN BIBIR KERING DAN MEREKAH


1. elakkan cuaca yang terlalu kering dan panas.
jika berada di negara beriklim sejuk yang udaranya kering pastikan menggunakan attire atau pakaian yang turut menutup bibir mulut daripada terdedah kepada angin kering tersebut.
di bawah sinar matahari pula pastikan menggunakan pelembap bibir yang mempunyai pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF15.bibir mulut tidak mempunyai sel melanin yang memberi perlindungan terhadap cahaya secara semulajadi.



2. gunakan pelembap bibir yang sesuai
ada pelembap bibir yang mengandungi phenols dan minyak pepermint yang membolehkah kulit merekah dikeluarkan dengan cepat.namun ia sebenarnya tidak membantu pemulihan sebaliknya menjadikan bibir semakin kering dan merekah.
berhenti gunakan pelembap yang memberikan kesan seperti itu dengan segera.
guna pelembap berasaskan minyak dan yang mengandungi bahan seperti petrolatum,shea butter, cocoa butter, beeswax, minyak almond atau jojoba.pastikan pelembap bibir juga mengandungi pelindung matahari.



3. berhenti amalan menjilat bibir mulut
ia seperti melembapkan bibir tetapi sebenarnya menjadikan bibir semakin cepat kering kerana air liur yang melekat pada bibir mulut cepat terpeluwap ke udara dan menarik bersama kelembapan pada bibir mulut.semakin kerap menjilat bibir mulut, ia akan semakin cepat kering dan merekah.
enzim yang terdapat dalam air liur juga mampu merosakkan kesihatan bibir mulut.


4.  elakkan bahan kimia yang mendatangkan alahan 
bahan-bahan kimia ini boleh didapati di dalam gincu bibir atau pelembap bibir, contohnya phenyl salicylate dan propyl gallate.
bahan kimia seperti sodium lauryl sulphate di dalam ubat gigi, pencuci muka dan syampu juga boleh mendatangkan alahan kepada bibir mulut bila tersentuh.


5.  elakkan bernafas melalui mulut
ia bukan sahaja menjadikan bibir mulut kering dan merekah malah boleh menyebabkan nafas berbau, kekeringan di dalam mulut serta nafas terhenti semasa tidur (sleep apnoea).


6.  keluarkan sel mati pada bibir mulut secara berkala
ia boleh dilakukan dengan menggunakan kain lembap yang digosok pada bibir mulut.berus gigi juga boleh digunakan.
selain itu pelembap bibir yang mengandungi phenols turut membantu mengeluarkan sel-sel mati dengan mudah.
pelembap yang mengandungi AHA bukan sahaja mengeluarkan sel mati malah membantu mengembalikan kelembapan kulit.


7.  minum air yang mencukupi mengikut keperluan badan masing-masing untuk memastikan kelembapan sel tubuh berada dalam keadaan sempurna.minum antara 2.5 liter ke 3 liter sehari.


8.  pemakanan seimbang
makanan yang mengandungi sumber vitamin B terutamanya niacin dan riboflavin adalah sangat baik untuk memastikan kulit sentiasa lembap.ia boleh didapati daripada sayuran hijau. jika merasakan tidak mampu mendapat sumber vitamin daripada sayuran dengan mencukupi bolehlah mengambil suplemen untuk menampung keperluan.B complex atau multivitamin boleh membantu keperluan vitamin kita.



mudah sahaja untuk menjaga kesihatan bibir mulut kan?
pastikan ia sentiasa dalam keadaan sihat dengan mengamalkan tips-tips di atas.



jika anda memerlukan suplemen B Complex bolehlah hubungi saya seperti di bawah.hanya sebiji sehari, B Complex Shaklee mampu membantu anda mendapatkan bibir mulut yang sihat dan menawan.
tanpa bahan kimia...terjamin berkesan dan selamat.

bukan hanya untuk melembapkan kulit,
vitamin B Complex Shaklee mempunyai banyak manfaat lain untuk kita...









UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT 
HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 20 December 2014

DEBARAN DI FINAL AFF SUZUKI

Salam sejahtera....

Sunyi saja di depan rumah malam ni...biasanya bising dengan bunyi motor budak-budak muda melepak..
Malam ni semua hadap tv gamaknya.tengok final AFF SUZUKI.
saya pun sama....


Now...gooollll!!!!
Yang ke 3 utk Malaysia malam ni....

Tapi belum selamat lagi...masa masih panjang....moga pemain Malaysia dapat terus bermain dengan cemerlang.
Separuh masa pertama banyak kelekaan dan kekasaran...harapnya separuh masa ke 2 ni semua lebih fokus...


Encik suami dan anak bujang pastinya tengah jerit pekik kat stadium...
Nak sambung tengok bola dulu...





Friday, 19 December 2014

REZEKI KITA SEBENARNYA MILIK SIAPA?

salam sejahtera...

hari ni saya nak berkongsi cerita....
cerita tentang hakikat rezeki dalam kehidupan kita.
tentang aturan Allah dalam perjalanan hidup kita.



berdasarkan kisah benar yang baru dialami...

suatu petang, seorang lelaki dalam kesibukan urusan kerja hariannya telah singgah di sebuah outlet mesin ATM yang terletak di pusat membeli belah untuk mengeluarkan wang.

setibanya di situ, terdapat pekerja syarikat keselamatan sedang berurusan dan outlet ditutut untuk sementara.sementara menunggu, lelaki ini masuk ke pusat membeli belah dan meninjau kedai jam.memang lelaki ini sedang mencari jam baru dan kebetulan kedai jam tersebut mengadakan promosi jualan dengan potongan sehingga 50%.sibuk memilih yang berkenan di hati. dia mendapat jam dengan rekabentuk diingini namun warna tidak bertepatan.ada yang dengan warna yang dihajati namun rekabentuk pula tidak bersesuaian.puas membelek, tiada yang menepati citarasa lelaki ini secara total.

dalam berlegar di situ dia disapa oleh pengawal keselamatan pusat membeli belah tersebut.rupanya pengawal tersebut mengenali lelaki ini dan telah memerhatinya sejak dari awal.
mereka berbual dan lelaki ini kemudiannya mengajak pengawal untuk minum di kedai berhampiran sementara menunggu untuk berurusan di mesin ATM.dalam mereka berbual itu, pengawal ini berkata yang beliau tidak mempunyai telefon dan kerana itu beliau sukar berhubung dengan kawan-kawan lama.

seperti ada satu dorongan dalam hatinya....lelaki ini bangun dan meminta pengawal itu tunggu sebentar di meja makan.alasannya dia ingin ke bilik air.namun sebenarnya lelaki ini menuju ke kedai telefon berhampiran dan terus membeli sebuah telefon bimbit biasa (bukan smartphone).sejurus dia kembali ke meja makan dan telefon itu diserahkan kepada pengawal tersebut.

lelaki itu kemudiannya ke mesin ATM semula untuk berurusan namun mesin pula mengalami kerosakan dan alarm berbunyi kuat.tidak selesa dengan bunyi yang kuat dan tidak tega menunggu,lelaki itu kembali kepada pengawal tadi. dilihatnya pengawal tersebut sedang membelek telefon dan memasukkan kad sim.
berbual seketika, mereka kemudian berpisah meneruskan tugasan masing-masing.






kesimpulannya:

lihat bagaimana Allah mengaturkan pergerakan lelaki tersebut.....digerakkan untuk ke mesin ATM di bangunan tersebut...mesinnya pula sedang diselenggara....ingin membeli jam tetapi tidak menepati citarasa...kemudian bertemu si pengawal keselamatan tersebut dan didorongkan hati lelaki itu untuk membeli telefon kepadanya.

tujuan asal untuk mengeluarkan wang di ATM tidak pun dapat dilakukan.


lihat juga bagaimana rezeki yang Allah berikan kepada pengawal keselamatan itu...hanya bermula dengan menegur teman lama.
mungkin setiap hari dalam doanya, si pengawal keselamatan itu memohon kepada Allah...maka akhirnya Allah menghadirkan rezeki kepada beliau melalui teman yang sudah bertahun tidak ditemui.




maka dalam setiap detik kehidupan kita, usah kita lalai dan leka dengan apa yang dimiliki.ingati Allah setiap waktu.sesungguhnya perjalanan hidup kita hanya Dia yang mengetahui.namun usah pula sekadar menadah tangan berdoa tanpa sebarang usaha.

berusaha/bekerja disertai doa dan kemudian bertawakkal kepadaNya....
moga hidup kita sentiasa dirahmatiNya.





Thursday, 18 December 2014

TERDESAK UNTUK KURUS? KETAHUI CARA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

salam sejahtera...

terdesak untuk menurunkan berat badan dengan cepat?
awas!!!!
jangan terperangkap dengan ubat-ubat diet atau penahan selera yang boleh membawa kesan buruk kepada badan kita.
turunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat.

bolehkah menurunkan berat badan dengan cepat tanpa diet yang teruk dan tidak menjejaskan kesihatan?
pasti boleh....
yang penting mesti ada semangat dan disiplin yang kuat.

BAGAIMANA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT?


ubah amalan pemakanan.
caranya

1.  ambil sayur-sayuran dan buah-buahan.serat menjadikan kita kenyang dalam jangka waktu yang panjang.proses metabolisma serat yang agak perlahan berbanding karbohidrat menjadikan kita lambat terasa lapar.

2.  tambahkan pengambilan air tetapi pastikan bukan air bergula atau bergas.air membantu proses perkumuhan yang lancar serta menyegarkan sel-sel badan kita.jika bosan dengan air kosong, bolehlah ditambahkan potongan lemon sebagai perisa.

3.  sentiasa sibukkan diri.bila sibuk bekerja kita kurang mengingati tentang makanan.

4.  keluarkan makanan yang enak tetapi menggemukkan dari rumah kita.jangan beli dan simpan makanan seperti kerepek,coklat bar,biskut berlemak dan seumpamanya.

5.  bila tiba waktu makan pastikan kita makan dengan teratur.isikan makanan ke dalam bekas dan duduk untuk makan.elakkan makan sambil berdiri menghadap peti sejuk yang mengandungi pelbagai stok makanan tidak berkhasiat di dalamnya.

6.  yang paling penting, makan mengikut waktu yang ditetapkan.bila kita membiarkan perut kosong dalam jangka waktu yang lama, kita akan mengambil lebih banyak makanan pada masa berikutnya.




untuk meurunkan berat badan dengan cepat, elakkan pengambilan makanan berkanji/berkarbohidrat, gula, garam dan lemak haiwan.


tingkatkan pengambilan serat,soya,putih telur,ikan,dada ayam tanpa kulit atau makanan laut.



PERINGATAN PENTING

pastikan pengambilan kalori seharian tidak terlalu rendah.mengurangkan kalori dengan berlebihan contohnya sehingga di bawah 1000 kalori sehari akan menyebabkan kita bukan sahaja kehilangan lemak tetapi juga kehilangan otot.Ini akan menjadikan kita lesu dan hilang tenaga untuk melakukan senaman.

Ia juga mengakibatkan proses metabolisma menjadi perlahan dan berat badan menurun dengan perlahan.



dalam proses menurunkan berat badan, senaman juga sangat penting terutama senaman cardio yang akan membakar kalori dengan cepat.



RINGKASNYA

UBAH TABIAT MAKAN
BERSENAM SECARA TERATUR
DISIPLIN YANG TINGGI

.............BERAT ANDA PASTINYA TURUN DENGAN CEPAT







ANDA JUGA BOLEH MENGAMBIL SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MEMBANTU MEMBEKALKAN TENAGA SEPANJANG PROSES PENURUNAN BERAT BADAN INI.







UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 FB 
(PM) iedaabdullah 



 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 17 December 2014

KULIT KERING...AMALKAN 5 VITAMIN INI UNTUK PEMULIHAN BERKESAN

salam sejahtera...

rasa malu dan tidak selesa dengan masalah kulit kering...
dan...
masih tercari-cari cara mengatasi kulit kering?
masih tercari-cari suplemen yang dapat membantu dengan berkesan?


kali ini kita lihat tentang suplemen apakah yang dapat membantu mengatasi masalah kulit yang kering dan bermasalah.
penyembuhan kulit bukan sahaja perlu dilakukan secara luaran tetapi pemulihan dalaman itu sebenarnya lebih penting supaya masalah tidak berulang dan kita dapat melihat kesan yang lebih sempurna.


SUPLEMEN UNTUK KULIT KERING


1. minyak ikan (asid lemak omega 3)

* membantu jantung dan saluran darah untuk berfungsi dengan baik dalam membawa bekalan oksigen dan nutrien kepada semua tisu badan termasuk kulit.

* anti keradangan di mana ia membantu melegakan keradangan dan rasa tidak selesa pada kulit yang kering

* asid lemak perlu ini merupakan bahan asa kepada pembentukan lapisan minyak semulajadi di atas kulit yang menjadi pelindung kulit daripada mengalami kekeringan.



2. Gamma Liolenic acid (omega 6)

* nutrien yang baik untuk kulit yang sihat

* membantu badan menghasilkan bahan seperti hormon prostaglandin yang terlibat dalam kebanyakan fungsi tubuh badan

* juga membantu dalam penghasilan lapisan minyak semulajadi yang melindungi kulit agar sentiasa lembap



3.  Vitamin C

* anti oksida yang mencegah kerosakan sel dan tisu akibat daripada tindakan radikal bebas. vitamin C juga membantu mengenalpasti radikal bebas dan memusnahkannya.

* penting dalam pembentukan dan pemulihan tisu di dalam badan termasuk pada bahagian kulit

* juga bertindak membantu memulihkan luka dengan cepat



4.  Vitamin E

* anti oksida yang kuat yang membantu meneutralkan radikal bebas lantas mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan

* membantu mencegah penuaan pra matang kulit



5. Vitamin B6

* terlibat dalam pembentukan enzim,proses metabolisma tubuh serta pengangkutan oksigen kepada tisu di seluruh tubuh

*  pengambilan yang mencukupi membantu mencegah berlakunya kulit kering dan pecah terutama sekali di sekeliling kawasan mulut.




jika mengalami masalah kulit kering,pastikan kita mengambil makanan yang mengandungi semua sumber vitamin ini dalam jumlah yang mencukupi.namun tidak semua orang mampu memenuhi keperluan vitamin melalui pemakanan harian.



tak perlu biarkan kulit terus berada dalam keadaan bermasalah!!!

ambil suplemen untuk membantu mengembalikan kelembapan kulit dan yang paling penting adalah untuk mendapatkan kulit yang sihat.


DAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG TERBUKTI SELAMAT DAN BERKESAN.


suplemen untuk kulit kering

suplemen untuk kulit kering

PROMOSI VITA-C PLUS DAN VITA-E YANG HEBAT MASIH BERLANGSUNG.
JANGAN BERLENGAH....DAPATKAN SUPLEMEN DENGAN HARGA MENARIK SEMPENA BULAN PROMOSI INI....ANDA PASTI PUAS HATI DENGAN PENJIMATAN BERGANDA INI.







UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT 
HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah



 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 16 December 2014

GATAL DAN MENYAKITKAN...KETAHUI 10 PUNCA KULIT MENJADI TERLALU KERING

salam sejahtera...

antara masalah kulit yang sering dihadapi adalah kulit kering.tanpa mengira jantina dan usia, kulit kering sering mendatangkan kesan sampingan seperti rasa gatal yang keterlaluan.

adakalanya ia menjadikan kulit berubah warna menjadi keputihan (terutamanya bagi yang berkulit gelap) dan ini menjadikan seseorang itu merasa malu dan rendah diri.


APAKAH PUNCA KULIT MENJADI KERING?


ketahui 10 punca utama kulit anda menjadi kering dan cara mengatasinya.

1.  penggunaan krim pelembap (moisturiser) yang tidak betul
ramai yang menyapu krim pelembap ketika kulit kering.adalah lebih baik jika krim pelembap disapu pada kulit selepas bahagian kulit tersebut dibasahkan dengan air.contohnya sebaik selepas mandi,lapkan sedikit air di badan dan kemudian terus sapukan pelembap.ini akan menjadikan lapisan air berada di antara lapisan kulit dan pelembap.ia akan membantu memulihkan kelembapan kulit kita.

pastikan krim pelembap yang digunakan adalah pekat dan sedikit berminyak untuk melindungi kulit daripada kekeringan.


2.  udara yang terlalu kering terutamanya di negara yang mengalami musim sejuk.ia akan menyebabkan kulit turut mudah kekeringan.
penggunaan pemanas udara di dalam rumah juga menyebakan udara kering dan tidak baik untuk kulit.

sekiranya berada di kawasan tersebut,pastikan kita menutup bahagian kulit daripada terdedah kepada udara.gunakan juga krim pelembap yang bersesuaian untuk melindungi kulit.

3.   mandi air panas dengan lama
mandi menggunakan air panas memang boleh melegakan otot.namun jika mandi dalam jangkamasa yang lama, ia akan menghilangkan lapisan minyak asli di atas kulit dan menyebabkan kulit menjadi kering.
kurangkan penggunaan air panas semasa mandi untuk mengelakkan kerosakan kulit.




4.   penggunaan sabun secara berlebihan
sabun mandi hendaklah digunakan secara minima.tidak perlu menyabun badan dengan banyak dan dalam jangka waktu yang panjang.sabun boleh menghilangkan lapisan minyak pada permukaan kulit, sama seperti kesan air panas.

gunakan sabun tanpa pewangi kerana ia kurang merengsakan kulit.semasa mandi juga, elakkan penggunaan span atau scrub yang boleh merosakkan lapisan luar kulit.




5.  pilih pakaian yang sesuai yang diperbuat daripada material yang tidak merengsakan kulit.bagi kulit yang sensitif, jika menggunakan pakaian yang tidak sesuai ia boleh menyebabkan rasa gatal dan kulit menjadi semakin kering dan rosak.


6.   ubat-ubatan
sesetengah ubat juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering seperti ubat darah tinggi dari kumpulan diuretics yang menggalakkan pengeluaran air dari badan.
ubat retinoids yang digunakan untuk jerawat juga mengeringkan kulit.


7.   penyakit
antara masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering ialah
*    ekzema
*    kencing manis
* hypothyroidism (kekurangan hormon thyroid menyebabkan kekurangan lapisan minyak pada kulit)
*     kekurangan zat makanan


8.   kurang pengambilan air minuman secara jelas boleh menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya jika cuaca sejuk.


9.   pemakanan yang tidak seimbang.
lapisan minyak asli/natural pada permukaan kulit dibentuk daripada bahan asid lemak.kekurangan makanan yang mengandungi asid lemak terutamanya omega 3 menjejaskan kelembapan kulit.begitu juga dengan omega 6.
tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 seperti ikan salmon,sardin,tofu, kacang soya serta walnut.
omega 3 dan omega 6 juga boleh diperolehi daripada suplemen.


10.   kekeringan bibir mulut
ia biasanya berlaku pada seeorang yang gemar menjilat bibir secara berterusan.begitu juga dengan penggunaan gincu bibir dari jenis yang tahan lama (long lasting).
amalkan penggunaan pelembap bibir sebelum menggunakan gincu.




ubah cara hidup kita untuk memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan yang lembap dan sihat.
kulit yang kering akan memudahkan seseorang itu mengalami ekzema atau kegatalan yang serius.apabila digaru, kulit akan luka atau melecet dan terdedah kepada jangkitan kuman dan seterusnya boleh meninggalkan parut.



Shaklee menyediakan beberapa suplemen yang boleh membantu menjaga kelembapan kulit anda.
suplemen ini juga membantu memperbaiki kulit yang rosak dan mengembalikan pesona kulit anda.


pilih gabungan suplemen yang bersesuaian dengan masalah anda dan selesa dengan bajet anda.  






UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT 
HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 15 December 2014

GATAL MIANG MEXICO....BUKAN SEKADAR GATAL BIASA

salam sejahtera..

beberapa minggu kebelakangan ini kita dibawakan dengan penemuan tumbuhan yang merbahaya kepada manusia dan haiwan.
tumbuhan yang kelihatan seperti tanaman hiasan kerana mempunyai bentuk daun dan bunga yang menarik ini dikenali dengan nama Miang Mexico.nama saintifiknya adalah Parthenium Hysterophorus.daunnya kelihatan seperti daun Ulam Raja namun bentuk bunga adalah berbeza.
ia tersebar melalui udara menjadikan kadar penyebarannya adalah tinggi dan sangat cepat.

 rumpai miang mexico

bunga miang mexico



pokok ulam raja

bunga ulam raja



bahan kimia di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 'parthenin' menjadi punca berlakunya tindakbalas alahan.
pendedahan kepada Miang Mexico boleh menyebabkan seseorang itu mengalami:

* kegatalan kulit
* allergic rhinitis (alahan hidung/pernafasan)
* asthma
* allergic bronchitis
* pernafasan tersekat/sempit
* bintik hitam dengan rasa panas sekeliling mata
* cirit birit


pada haiwan ternakan yang termakan rumpai miang mexico ini, ia turut menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang dan hati serta penurunan pengeluaran susu.





kesan kegatalan pada kulit adalah serius dan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.





awasi kawasan sekeliling rumah dan padang permainan yang sering dikunjungi anak-anak kita.elakkan daripada menyentuh rumpai ini secara langsung.sekiranya anak-anak mengadu mengalami kegatan kulit selepas bermain di padang mainan sila tinjau kawasan tersebut untuk memastikan puncanya.

jika terdapat rumpai miang mexico ini di kawasan rumah, ia boleh dicabut namun pastikan kita menggunakan sarung tangan getah,kasut yang sesuai serta penutup hidung/mulut (mask) untuk mengelakkan berlakunya tindakbalas alahan.

pokok-pokok yang terlalu banyak dan matang boleh dihapuskan dengan penggunaan racun rumpai namun ia tidak mudah mati seperti rumpai biasa dan kadangkala memerlukan semburan berulang.



bagi orang yang gemar berkebun dan menanam pokok bunga seperti saya memang agak mudah terpedaya dengan kecantikan pokok dan bunganya....namun perlu lebih berhati-hati selepas ini.









Sunday, 14 December 2014

KRIM SUPERB!!!

salam sejahtera...

hari ini jom kita lihat tentang kebaikan krim HERBAL BLEND Shaklee yang telah memberi kesan yang amat menarik ke atas kulit si kecik bambam saya beberapa hari yang lepas.


krim Herbal Blend diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan herba yang digunakan dalam perubatan tradisi sejak berabad lamanya.
tumbuh-tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai perisa tambahn dalam makanan.maka sudah pastinya ia tidak mengandungi bahan beracun.Herbal Blend juga tidak mengandungi bahan tambahan atau pengawet kimia.Ia diuji secara klinikal bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan kepada pengguna.



KANDUNGAN KRIM HERBAL BLEND


ia diperbuat daripada bahan-bahan berikut:


1. SAGE

sage

tumbuhan herba yang mengandungi anti oksida yang tinggi.jika dicampur dalam makanan ia berupaya membantu meningkatkan keupayaan memori.

bagi kegunaan luar:

- melawan kegatalan/alahan
- anti keradangan
- anti fungal
- anti septik




2. HORSE CHESTNUT

horse chestnut

secara umumnya horse chestnut bertindak dengan cara mengurangkan bengkak dan meningkatkan aliran darah.

untuk kulit, ia digunakan dalam:
- luka atau ulser kulit
- varicose vein 
- buasir




3. YARROW

yarrow

sejenis tumbuhan yang berupaya membantu menghentikan pendarahan.

biasanya digunakan untuk:
- pendarahan pada luka 
- pendarahan pada buasir
- juga berupaya bertindak sebagai antibiotik (membunuh kuman)




4. ROSEMARY
rosemary


tumbuhan yang kerap digunakan dalam masakan.
ia bertindak dengan cara meningkatkan pengaliran darah ke kawasan yang bermasalah.

kegunaan pada kulit termasuklah:
- meredakan ekzema
- membantu melegakan sakit sendi dan otot serta sengal tulang belakang
- membantu menyembuhkan luka
- mencegah gigitan serangga (insect repellant)



jika diperhatikan, gabungan kandungan krim herbal blend ini boleh membawa pelbagai manfaat kepada kulit.

KEBAIKAN KRIM HERBAL BLEND SHAKLEE

krim herbal blend boleh digunakan untuk masalah berikut:
* kegatalan kulit akibat alahan atau ekzema
* luka
* buasir
* varicose vein
* jerawat
* parut akibat luka atau demam campak
* pecah tumit/tapak kaki
* sakit sendi
* sengal otot
* insect repellant
* ruam bayi
* jangkitan kulat
* kegunaan harian menggantikan losyen



PELBAGAI FUNGSI...

WALAU PUN
KECIL....MURAH....
KUALITI TIADA TANDINGAN!!!




UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT 
HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 




 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.