MOGA ANDA SEMUA SEJAHTERA HARI INI.....
Dysmenorhea
Di definasikan sebagai sakit semasa kedatangan haid.
Bermula dibhg bawah abdomen dan boleh merebak ke bahagian
bawah belakang dan juga peha.
Tahap kesakitan adalah dari sakit yang ringan hingga
sakit yag mengganggu aktiviti harian.
Punca:
Dibahagikan kepada 2 kumpulan:
Primer (primary):
Tiada sebarang masalah kesihatan ditemui dalam kes-kes ini.
Ia dikaitkan dengan kehadiran prostaglandin dari tisu rahim yang
menyebabkan pengecutan otot rahim yg kuat..ia juga dikaitkan dengan faktor
genetik (keturunan)tekanan (stress) dan tabiat pemakanan.
kesakitan jarang berlaku pd kitaran awal haid kerana tiada
ovulasi berlaku (anovulatory cycle) tetapi kemungkinan berlakunya kesakitan meningkat bila berlaku ovulasi di mana paras prostaglandin
meningkat.
Sekunder (secondary):
bersangkut paut dgn penyakit spt endometriosis,ketumbuhan
spt fibroid dan jangkitan pelvis .
Rawatan;
1.Merawat punca yang dikenalpasti bagi kes-kes sekunder.
2.Ubat tahan sakit contohnya dari kumpulan NSAIDS yang
bertindak dengan cara mengurangkan paras prostaglandin.
3.Tuam dan mandi air suam mampu memberi keselesaan.
4.Pil perancang keluarga juga didapati dapat mengurangkan
kesakitan kerana ia mengurangkan hormon.Bagaimanapun ia hanya diberikan kepada
individu yang juga merancang menjarakkan kehamilan.
Tambahan:
1.Senaman dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorphin
iaitu penahan sakit semulajadi dalam badan manusia.
2.Pemakanan:
Mengurangkan pengambilan lemak,gula,garam,kafein.
Elakkan juga pengambilan daging,makanan segera dan
makanan yg diproses sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh kedatangan haid.
Garam menyebabkan rasa kembung dan meningkatkan ketidakselesaan semasa haid.
Tabiat merokok juga meningkatkan berlakunya dysmenorhea.
3.Suplemen yg membantu:
i. Vitamin B6 yang
terdapat dalam B complex
ii. Minyak ikan yang mengandungi omega 3
iii.Magnesium.
---magnesium member kesan dengan cara melegakan
ketegangan otot rahim.kekurangan magnesium meningkatkan rasa sakit di abdomen
dan belakang semasa kedatangan haid.
(disarankan mengambil 250mg magnesium aspartate 1 @ 2
kali sehari menjelang haid sehingga dua
hari pertama haid berlaku. Makanan tenusu mengurangkan penyerapan magnesium dan
meningkatkan pembuangan magnesium melalui air kencing.gula halus juga
meningkatkan pembuangan magnesium dari badan.
iv. GLA
sejenis asid lemak yang akan ditukarkan oleh badan kepada
bahan seumpama hormon yg dipanggil prostaglandin E1 (PGE1).ia mempunyai sifat
anti keradangan (anti-inflammatory) serta kesan ‘blood thinner’ dan membuka/membesarkan
saluran darah.
Kajian mendapati pengambilan antara 260 ke 550mg GLA
sehari mampu membantu menghilangkan kesakitan.
SET SHAKLEE MEMUDAHKAN ANDA
SMS/WASSAP KE 0107796751 UNTUK MAKLUMAT LANJUT
*****PERINGATAN
sila dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk memastikan masalah kesihatan anda
produk SHAKLEE adalah makanan tambahan untuk kesihatan yang optima.Ia bukanlah ubat kepada penyakit anda.
No comments:
Post a Comment