Wednesday, 10 December 2014

KETULAN DI PAYUDARA...ADAKAH IA KANSER?

salam sejahtera...

apabila melakukan pemeriksaan sendiri payudara, bagaimana hendak mengetahui terdapatnya ketumbuhan jenis kanser?

bukan semua ketulan yang berlaku itu adalah kanser.terdapat ketulan biasa yang di kategorikan sebagai cyst serta fibroadenoma.



PETANDA KANSER PAYUDARA


adalah penting untuk kita mengetahui keadaan kedua-dua payudara semasa sihat untuk menentukan perubahan yang berlaku.
antara perubahan yang berlaku apabila seseorang mengidap kanser payudara adalah:

1. terdapat bengkak di dalam tisu payudara.
bengkak atau ketulan terasa keras.pada peringkat awal,ketulan ini masih boleh bergerak-gerak namun jika dibiarkan membesar ia akan melekat pada otot dada ataupun pada bahagian kulit payudara.
kebanyakannya tidak sakit tetapi ada segelintir golongan yang merasaseperti sengal pada payudara atau kawasan ketiak.

2. perubahan pada kulit payudara
kulit kelihatan merah, kesat/kasar dan lebih tebal daripada biasa.peringkat yang lebih parah akan menjadikan kulit berkedut dan kelihatan seperti kulit limau (peau d'orange).saat ini menunjukkan bahawa sel kanser telah merebak ke bahagian kulit.


3. perubahan pada puting susu
puing boleh kelihatan seperti tertarik ke dalam (retracted). kulit di bahagian puting susu menjadi kasar, merah dan kering.
ia juga boleh menyebabkan rasa gatal.


4. rembesan dari puting susu
dalam sesetengah keadaan, akan terdapat rembesan daripada puting susu.bagi kanser,rembesan biasanya bercampur dengan darah.

5. bengkak kelenjar 
bengkak kelenjar adalah diakibatkan oleh sel kanser yang telah bergerak ke kelnjar-kelenjar kerkenaan melalui aliran limfatik.kelenjar yang terlibat adalah di bahagian ketiak serta di atas tulang selangka.





terdapat sejenis kanser payudara yang agak berbeza tanda-tandanya iaitu kanser yang berlaku akibat keradangan hasil daripada aliran limfatik yang tersumbat.
ia biasanya dikesan pada peringkat yang lebih lewat kerana tiada ketulan ditemui semasa kanser mula berlaku.payudara menjadi merah, sakit dan membengkak secara keseluruhan atau sebahagian besar.ia kelihatan seperti jangkitan kuman (mastitis) namun tidak menunjukkan tindakbalas positif dengan rawatan antibiotik.

jenis ini lebih cepat merebak dan agak sukar dirawat.




sentiasa lakukan pemeriksaan sendiri payudara dan segera berjumpa doktor jika terdapat kelainan pada payudara.
pengesanan awal dan rawatan segera akan memberi prognosis yang lebih baik.


NOTA
###
kaum lelaki juga tidak terlepas daripada mengidap kanser payudara.andai ia berlaku,kadar kanser merebak adalah lebih cepat berbanding wanita kerana orang lelaki kekurangan tisu-tisu lemak di sekitar kawasan dada.











ASID LEMAK OMEGA 6 (GLA)
MEMPUNYAI PELBAGAI KEBAIKAN UNTUK TUBUH BADAN KITA.
SALAH SATU DARIPADANYA IALAH...
IA DIDAPATI DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN KESAN TINDAKBALAS TAMOXIFEN DI DALAM BADAN.
TAMOXIFEN ADALAH SALAH SATU UBAT YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN KANSER PAYUDARA SELEPAS TAMAT KIMOTERAPI DAN RADIOTERAPI.

(kajian lanjut masih dilakukan untuk tujuan ini)







UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 FB 
(PM) iedaabdullah 



 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 comments:

Cik Iman said...

takut pulak tengok gambar tu

Mak Jemah Jual Vitamin said...

mintak jauhlah penyakit-penyakt bahaya ni...