Tuesday 6 May 2014

KENCING MANIS DI KALANGAN KANAK-KANAK

salam buat semua...
moga hari ini lebih baik dari semalam...

hari ni kita sembang sikit tentang kencing manis jenis pertama...
baru-baru ini saya bertemu dengan seorang kanak-kanak yang baru didiagnosakan dengan kencing manis jenis pertama.sesuatu yang merungsingkan buat kanak-kanak ini yang baru sahaja ingin menjengah ke alam awal remaja (13 tahun).dari seorang individu yang sihat seara tiba-tiba mendapat penyakit yang akan bergantung sepenuhnya kepada suntikan insulin menjadikan dia tertekan dan mengasingkan diri...puas juga berbincang dan menasihati...moga Allah menembalikan keceriaan dalam kehidupannya.

APAKAH KENCING MANIS JENIS PERTAMA 


juga dikenali sebagai Type 1 Diabetes Mellitus atau Juvenille Diabetes.
mula didiagnosakan seawal usia kanak-kanak.
berpunca daripada tindakbalas autoimun yang merosakkan sel-sel beta di dalam pankreas hingga menyebabkan ia tidak mampu mengeluarkan hormon insulin yang diperlukan untuk mengawal paras gula di dalam darah.
tanda-tanda umum:
1.kerap kencing dengan jumlah air kencing yang banyak
2.dahaga berlebihan
3.lapar
4.hilang berat badan

komplikasi boleh berpunca dari paras gula yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.
paras yang rendah (hypoglycaemia) boleh menyebabkan sawan atau pengsan.
paras yang tinggi (hyperglycaemia) pula boleh menyebabkan kerosakan organ seperti buah pinggang dan mata serta kerosakan saraf.

KESAN GULA YANG BERLEBIHAN DALAM DARAH


1.kehilangan air dari badan akibat kencing berlebihan lalu menyebabkan dehidrasi

2.kehilangan berat badan kerana kehilangan gula di dalam air kencing menyebabkan kehilangan kalori untuk membentuk tenaga.

3.diabetic ketoacidosis (DKA).tanpa insulin,sel tidak dapat menggunakan gula sebagai sumber tenaga lalu badan mula memecahkan sel-sel lemak sebagai alternatif.pemecahan sel lemak menghasilkan bahan berasid yang dipanggil ketone yang boleh digunakan sebagai sumber tenaga.peningkatan ketone menyebabkan peningkatan asiditi darah.hati juga akan terus mengeluarkan gula untuk membantu membentuk tenaga namun ia tidak dapat digunakan kerana tiada insulin.gabungan gula yang berlebihan,dehidrasi dan asiditi yang tinggi menyebabkan berlakunya ketoasidosis.ia adalah situasi yang merbahaya dan mengancam nyawa jika lewat diberi rawatan.

4.kerosakan mata,buah pinggang,jantung,saraf dan saluran darah akibat terdedah kepada kandungan gula yang tinggi dalam jangkamasa yang lama (jika paras gula tidak dikawal).


tiada rawatan yang dapat menyembuhkan penyakit ini.ia hanya boleh dikawal dengan pengambilan suntikan insulin sepanjang hayat.

pesakit juga perlu mendapatkan rawatan susulan secara berkala bagi mengelakkan komplikasi kerosakan organ.oleh kerana ia berlaku di awal usia,peranan dan sokongan ibubapa serta ahli keluarga amat penting untuk memastikan pesakit mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna.
aktiviti fizikal seperti senaman serta amalan pemakanan yang seimbang juga perlu diamalkan.galakkan pesakit untuk bergaul dengan rakan untuk mengelakkan mereka dari merasakan yang diri mereka berbeza.




No comments: