Wednesday 3 September 2014

AIR KENCING KUNING DENGAN VITAMIN B

salam buat semua...
moga kebahagiaan bersama anda.

dah lunch?saya dah....brunch terus...
hari ni first time makan ulam daun selasih....rupa macam pokok rumput ja pun tapi sedap...wangi.
minta sikit ja dari tuan kedai...secekak dibaginya (perli ehhh??!!)....boleh la buat hias laman sikit dengan bakinya tu.

hari ni kita cerita tentang bahan kumuh dari badan...urine atau air kencing.
apa-apa suplemen yang kita ambil,sekiranya mengandungi vitamin atau bahan larut air,bahan yang berlebihan kebanyakannya akan dikeluarkan melalui air kencing.sama juga dengan makanan atau ubat-ubatan lain.sebab tu boleh tau kalau orang baru lepas makan petai atau jering kalau dia ke tandas.
ambil antibiotik pun akan buatkan air kencing bertukar bau.

untuk suplemen Shaklee ni biasanya orang akan bertanya tentang kencing berubah kuning selepas mengambil vitamin B complex.saya biasanya bagitau siap2 sebelum orang tu mula makan supaya nanti dia tak tertanya-tanya.

kenapa air kencing berwarna kuning selepas mengambil vitamin B?

antara yang terdapat dalam B complex adalah RIBOFLAVIN (B2).riboflavin berwarna kuning.tidak semua riboflavin yang kita makan akan diserap.sebahagian yang tidak diperlukan akan dikeluarkan melalui saluran kencing dan ini menyebabkan air kencing berwarna kuning cerah.jadi tidak perlu risau jika mengalami situasi ini.ia adalah fenomena yang normal.

namun jika air kencing berwarna kuning pekat atau berkeladak,sila dapatkan rawatan kerana anda kekurangan air dan mungkin mengalami jangkitan saluran kencing.





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah


No comments: