Wednesday, 5 November 2014

AWAS!!!! JANGAN MAKAN BETIK JIKA INGIN HAMIL

salam sejahtera...

ilmu bukan sahaja boleh diperolehi dari bacaan tetapi juga dari perbualan.semalam, berbual dengan seorang customer yang berada di peringkat awal kehamilan.anak pertama setelah agak lama mendirikan rumahtangga.
perbualan berkisar tentang penjagaan kehamilan terutamanya di trimester pertama.antara yang disebutkan...petua dari ibunya.."jangan makan betik jika mahu hamil".


setelah mencari maklumat, ini yang saya perolehi.
getah daripada buah betik mengandungi bahan yang disebut papain atau pepsin buah-buahan.ia adalah sejenis enzim.selain daripada getah yang terdapat pada betik muda atau separuh masak, bahan papain ini juga terdapat di daun betik.

bahan ini bertindak seperti prostaglandin dan oxytocin yang mengecutkan rahim yang boleh mencetuskan keguguran di peringkat awal kehamilan atau jika di peringkat akhir ia boleh menyebabkan berlakunya kelahiran.

namun begitu,betik yang betul-betul masak dipercayai selamat untuk dimakan malah memberi kebaikan kerana ia kaya dengan pelbagai jenis vitamin serta bersifat antioksida.



antara makanan yang mengandungi betik yang belum atau separa masak adalah jeruk betik dan somtam.elakkan mengambil makanan ini bagi wanita yang merancang untuk hamil atau yang sedang hamil.

sama-sama berkongsi maklumat.moga ianya membawa manfaat kepada kita semua.





No comments: