Monday 3 November 2014

BETULKAH CARA SAYA MENCUCI MUKA?

salam sejahtera...

pernah tak kita tertanya-tanya...
kenapa kulit wajah masih didatangi jerawat walaupun kita rajin mencuci setiap pagi dan malam?
kenapa kulit masih tidak seceria kulit wajah orang lain?
di manakah silapnya?

selain daripada amalan pemakanan dan penggunaan alatan kosmetik yang sesuai,cara mencuci wajah juga mempengaruhi kesihatan dan seri kulit wajah.


di bawah ini diberikan beberapa tips yang boleh digunakan semasa memersihkan wajah agar mendapat hasil yang dihajati.

1.  pastikan mencuci tangan dengan bersih sebelum mencuci wajah.elakkan mengguna tangan yang kotor daripada menyentuh kulit wajah.

2.  pastikan anda membersihkan semua bahan mekap dari wajah sebelum menggunakan pencuci wajah.

3.  elakkan menggunakan terlalu banyak pencuci wajah pada satu-satu sesi kerana ia akan merengsakan kulit.

4.   pilih pencuci wajah yang sesuai dengan kulit anda.

5. gosok kulit wajah dengan lembut dan perlahan walaupun ketika menggunakan scrub.menggosok dengan kuat dan kasar akan mencederakan sel kulit wajah.

6.  pastikan menggunakan air yang sesuai...tidak terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk.

7.  lap wajah menggunakan tuala yang bersih.pastikan ia ditukar setiap hari.



8. lap wajah dengan lembut dan perlahan-lahan tanpa menggosok tuala ke wajah.hanya pedapkan sahaja tuala tersebut untuk mengeringkan kulit.



Moga sedikit panduan mencuci wajah ini dapat membantu anda mendapat kulit wajah yang dikehendaki.




NEXT
pencuci wajah terbaik dari Shaklee.   





1 comment:

Unknown said...

saya selalu kalau ada mekap terus cuci.. pemalas kan.. hehe
PROJEK KURUS BERSAMA CIK VITA