Saturday 8 November 2014

BILA DAH TERINGIN.....

salam sejahtera...

menunaikan hajat keinginan selera diri sendiri petang tadi...alhamdulillah.

sempena Muharram, ramai yang membuat bubur asyura...pelbagai versi mengikut negeri masing-masing.saya semestinya selera utara.pernah juga makan versi pantai timur masa student dulu tapi tak ngam dengan tekak.

nak buat sendiri tak pandai maka menumpanglah kepakaran mak orang (mak sendiri dah tak ada....).berpakat dengan x-staf aka pengasuh budak kecik bambam,petang tadi kami bergotong royong dengan bantuan kepakaran neneknya dan bantuan tenaga maksunya....
tak banyak sangat...guna sekilo tepung beras dan sekilo beras yang dah dimesin halus menjadi tepung..

campuran bahan pun yang simple saja....kacang hijau,jagung segar,ubi keledek manis dan pisang....dengan bahan wajib iaitu santan,garam dan gula (gula merah dan gula putih)....

bahan lain yang biasanya dicampur bersama ialah kacang tanah dan kacang kuda.
semua jenis kacang serta ubi direbus terlebih dahulu supaya masak sempurna bila dijadikan bubur asyura.

proses memasak mengambil masa sekitar 2 jam....alhamdulillah cuaca sejuk...selesalah memasak.dibahagikan kepada beberapa bekas untuk diberikan kepada jiran berdekatan.





alhamdulillah...tercapai hasrat memenuhi selera...



notes**
jom ber"hanana" malam ni..
terkenang detik berhanana dalam hujan di Yan Kedah...sangat menyentuh jiwa...saat itu ia diadakan khusus mengenang kehilangan MH371.





2 comments:

Unknown said...

sedapnya.. aishh teringin pulak rasa...

Rahsia Kecantikan Semulajadi

Unknown said...

Nampak sedap