salam sejahtera...
penyakit kencing manis dalah antara penyakit yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia.tabiat pemakanan dan rutin kehidupan memudahkan berlakunya penyakit kencing manis.sekarang ini agak kerap untuk kita temui pesakit kencing manis yang berusia tiga puluhan.
kenapa?
punca utama adalah pemakanan yang tidak tekawal.
mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat,minuman yang manis (susu pekat,air berkarbonat) dan makan pada lewat malam.
selain itu ramai yang tidak sempat beriadah kerana sibuk dengan urusan kerja seharian.
jika mempunyai ahli keluarga yang mengidap kencing manis maka lebih mudah untuk seseorang itu mewarisinya.
**penyakit kencing manis di kalangan kanak-kanak (type 1 diabetes/juvenile diabetes) adalah berada dalam kategori yang berbeza**
terdapat banyak kajian yang dijalankan untuk mengaitkan keperluan suplemen dalam kawalan penyakit kencing manis.antara suplemen atau vitamin yang diberi tumpuan adalah VITAMIN D.
didapati bahawa orang yang didiagnosakan sebagai pesakit kencing manis mempunyai paras vitamin D yang rendah.
FUNGSI VITAMIN D DALAM MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH
1. paras gula dalam darah dikawal oleh hormon INSULIN yang dirembeskan oleh kelenjar PANKREAS.didapati bahawa pada Beta Cells di pankreas terdapat reseptor untuk vitamin D.peningkatan paras vitamin D pada sel pankreas ini menjadi pencetus kepada sel-sel tersebut untuk berfungsi dengan baik dalam menghasilkan insulin.
2. Vitamin D membantu penyerapan kalsium.
kalsium mengawal pengeluaran insulin oleh kelenjar pankreas.oleh itu kekurangan vitamin D akan mengurangkan paras kalsium seterusnya mengurangkan paras insulin.apabila insulin berkurangan maka terdapat gula yang berlebihan di dalam saluran darah.
pengambilan Vitamin D didapati mampu meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin dan mengurangkan 'insulin resistance' seterusnya membantu menurunkan paras gula dalam darah.
namun begitu ini tidak bermakna seorang pesakit kencing manis boleh berhenti mengambil ubat-ubatan sedia ada dan mengharapkan kepada vitamin D semata-mata.
pengambilan suplemen vitamin D juga tidak menjamin bahawa seseorang itu tidak akan mendapat penyakit kencing manis pada masa akan datang.
Vitamin D boleh diperolehi daripada suplemen berikut....
jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau ingin mendapatkan suplemen ini untuk diri sendiri atau orag tersayang, boleh hubungi saya seperti di bawah.
UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment