Sunday, 9 November 2014

MADU....SUKA ATAU DUKA?

salam sejahtera....

MADU....


lebah atau kelulut.....dua-dua baik untuk kesihatan dengan syarat ianya asli..
(madu orang?...hahaha....ada yang baik ada yang tidak....)
ini cerita madu untuk diminum yer...

sekarang makin ramai yang mengamalkan pengambilan madu lebah...
madu kelulut tidak sepopular madu lebah.mungkin kerana agak sukar diperolehi dan harganya lebih mahal.rasa madu kelulut juga lebih masam berbanding madu lebah.


masa zaman kanak-kanak dulu saya selalu tengok saudara mara sekampung minum madu lebah asli...siap ambil ulat lebah tu cicah dengan madu...makan macam tu saja....banyak khasiat kata mereka terutamanya untuk tenaga orang lelaki.
arwah bapa saya pula amalkan madu dengan telur ayam kampung...campur dan terus minum.

madu lebah

antara khasiat lain yang terdapat pada madu ialah ia dapat mengawal paras gula di dalam darah.walau hakikatnya ia adalah manis,namun pengambilan madu tidak akan menaikkan paras gula dalam darah.
ini kerana madu boleh membantu mengawal selia insulin di dalam tubuh.maka untuk pengidap kencing manis,mereka boleh menukarkan penggunaan gula pasir kepada madu untuk memaniskan minuman dan makanan.

pengidap kencing manis yang mengalami ulser juga boleh menggunakan madu untuk mempercepatkan proses penyembuhan.madu bersifat anti bakteria dan boleh mengawal luka daripada mendapat jangkitan kuman.
selain itu ia merangsang pertumbuhan sel baru pada luka dan penguraian sel yang telah mati dan rosak.
madu juga boleh menghilangkan bau yang tidak selesa yang terdapat pada luka.

namun begitu adalah sangat mustahak untuk kita semua memilih madu yang benar-benar asli sebelum mengamalkannya.terdapat banyak madu tiruan yang berlegar di pasaran.madu tiruan ini telah dicampur dengan gula untuk memaniskannya.jika ia diamalkan oleh pesakit kencing manis maka pastilah paras gula dalam daraha akan menjadi semakin tidak terkawal dan mempercepatkan kerosakan organ utama seperti buah pinggang dan saraf mata.


KEBAIKAN MADU

kebaikan madu yang lain termasuklah:
1. mencantikkan rambut dan kulit wajah
2. mengandungi vitamin dan mineral seperti vitamin C,kalsium dan zat besi
3. sumber tenaga segera
4. antioksida yang membuang radikal bebas dari badan
5. membantu menurunkan berat badan (mencernakan lemak yang terkumpul di dalam badan)


BAGAIMANA MENGENALI MADU ASLI

cara paling baik mengelakkan tertipu dengan belian madu tiruan adalah mendapatkan madu terus dari ladang dan daripada pembekal yang telah kita kenali.

1.madu memiliki kandungan air yang sangat rendah.oleh itu ia tidak akan membeku menjadi keras bila diletakkan di dalam tempat beku peti ais kita.ia sekadar menjadi lebih pekat/likat.

2. bila dituang ke dalam gelas yang mengandungi air,madu asli tidak akan terus bercampur dengan air.air akan tetap jernih sehingga campuran itu dikacau.

3. jika dipanaskan,madu asli akan menghasilkan buih yang besar (membuak) berbanding madu tiruan yang menghasilkan buih-buih kecil.

4. madu asli kurang digemari oleh semut berbanding madu tiruan yang tinggi kandungan gulanya.



kesimpulannya:
"berhati-hati dalam memilih MADU agar tidak kecewa dikemudian hari"



2 comments:

fisha hasan said...

madu kelulut lagi mahal dr madu lebah ye??
My Recent Post : CARA RAWAT JERAWAT BATU DARI LUAR DAN DALAM

ieda abdullah said...

fisha..
yes...madu kelulut lebih mahal.