Thursday 13 November 2014

APAKAH KHASIAT POKOK ALOEVERA?

salam sejahtera..

baru hari Sabtu yang lepas saya bersih dan buangkan beberapa perdu pokok aloevera di laman....dah banyak sangat sampai nampak semak.
semalam terjumpa artikel tentang kebaikan jus aloevera ni pula.
sebelum ni memang tahu ia baik untuk kulit muka dan rambut.
rupanya ada banyak lagi khasiat tersembunyi.
maka kenalah tinggalkan sedikit untuk kegunaan harian.


KEBAIKAN ALOEVERA



Aloevera mempunyai sifat anti fungus dan anti bakteria.Ia juga membantu pembentukan sel-sel baru terutamanya pada kulit.sebab itu ia kerap digunakan untuk kes-kes melecur ringan ataupun sunburn serta gigitan serangga dan ekzema.

aloevera


Kegunaan atau kebaikan aloevera yang lain adalah seperti berikut:

1. membantu sistem penghadaman agar selesa dan tidak mengalami pedih pada ulu hati
2. melawaskan pembuangan najis
3. membersihkan kolon (detoks)
4. membantu mengawal gula dalam darah
5. meningkatkan kadar metabolisma tubuh lalu membantu menurunkan berat badan
6. memperbaiki peredaran darah
7. membantu mengawal tekanan darah 
8. membantu memperbaiki kerosakan tisu dalaman
9. menguatkan sistem imun
10. merencat pertumbuhan sel kanser


Walau bagaimanapun,elakkan mengambil getah yang terdapat pada pokok aloevera.jika diambil terutamanya dalam jumlah yang banyak,ia boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit.
Ia juga boleh menyebabkan kedaan buasir menjadi lebih teruk serta menyebabkan luka pada usus.
kanak-kanak tidak digalakkan mengambil jus aloevera kerada boleh menyebabkan gangguan usus mereka.



Tindakbalas dengan ubat-ubatan

1. menurunkan gula dalam darah tanpa dikawal jika diambil bersama ubat kencing manis.

2. meningkatkan kehilangan potasium jika diambil bersama diuretik

3. mempunyai sifat mencairkan darah maka ia tidak boleh diambil oleh mereka yang sedang mengambil ubat mencairkan darah (meningkatkan risiko pendarahan).

4. elakkan pengambilan aloevera jika menggunakan digoxin (rawatan sakit jantung).


pokok aloevera sangat mudah ditanam.
yang dah dicabut pun kalau dibiarkan atas tanah akan tumbuh semula.

maka....bolehlah mula minum jus ni pula..
blend dengan ESP....sedap kot...
jom try...



***
CARA BUAT JUS ALOEVERA


notes:
tahukah anda bahawa pokok aloevera pun berbunga?
saya baru tahu tahun lepas....malangnya gambar dah hilang bila hard disc rosak..
tunggu bunga baru pula.




No comments: