Thursday 11 December 2014

KUALITI MASA...ANTARA KELUARGA DAN TUNTUTAN KERJA

Salam sejahtera....

Meluangkan masa hujung minggu ini bersama keluarga.setiap kali cuti persekolahan hujung tahun kami memastikan untuk meluangkan beberapa hari untuk bercuti bersama anak-anak.walau hanya ke lokasi berhampiran yang penting ada masa hanya untuk bersama mereka.


Bukan kuantiti yang diambil kira tetapi kualiti masa yang diluangkan itu.

Bila anak-anak semakin membesar semakin banyak masa yang mereka luangkan bersama rakan sebaya.bagi ibubapa yang bekerja seperti saya dan suami, adakalanya tak dapat berbual dengan anak-anak.hanya berkomunikasi secara ringkas dan kadang-kadang melalui telefon.



KEPENTINGAN MASA BERKUALITI UNTUK ANAK-ANAK



1. Antara yang paling utama di zaman serba mencabar ini adalah untuk membina ikatan keluarga yang kukuh.bila kita adakan masa untuk anak-anak, mereka akan menyedari bahawa kita juga mengutamakan mereka dalam rutin kehidupan kita.beberapa jam bersama-sama di dalam kereta sepanjang perjalanan digunakan sebaiknya.

2. Anak-anak akan merasakan kehadiran mereka dalam keluarga juga dihargai.ibubapa bukan sekadar bekerja mencari duit dan kesenangan material untuk mereka tetapi juga memenuhi keperluan rohani anak-anak yang mendambakan kasih sayang.

3. Semasa bersama inilah juga kita membincangkan permasalahan mereka dengan lebih mendalam. Juga berbual secara santai tentang perancangan masa hadapan terutamanya anak-anak yang meningkat remaja.

4. Mungkin ada yang berkata, semua ini boleh dilakukan di rumah.ada betulnya tetapi percayalah jika perbincangan ini dilakukan secara santai semasa bercuti, anak-anak lebih bersikap terbuka dan mudah menerima nasihat.walau bagaimanapun kita hendaklah memastikan agar mood bercuti itu tidak hilang di mana sebagai ibubapa kita juga perlu lebih tenang dan terbuka.

5. Bila kita menghormati anak-anak, mereka juga akan lebih menghormati kita.dalam anak meniti usia banyak yang kita pelajari dan perlu fahami untuk mengekalkan keharmonian keluarga.masa bersama tanpa gangguan tugasan harian inilah dipergunakan sebaiknya untuk lebih memahami peribadi dan kehendak mereka yang sentiasa berubah.



Tiada yang lebih menakutkan ibubapa selain daripada terpisah dengan anak-anak secara spiritual atau emosi.sebolehnya biarlah sejauh mana mereka berada, hati mereka sentiasa mengingati kita.

Maka masa bercuti ini diisikan dengan aktiviti yang meninggalkan memori indah buat mereka.moga bila mereka berkeluarga nanti mereka juga akan melakukan perkara yang sama.

Luangkan masa berkualiti untuk mereka...tak semestinya memerlukan belanja yang besar.cukup sekadar untuk mereka gembira dan rasa dihargai serta disayangi.









No comments: