Tuesday 14 April 2015

8 TIPS ELAKKAN SAKIT BELAKANG

salam sejahtera...

sakit belakang
setiap hari kita akan berjumpa dengan orang-orang yang menghadapi masalah sakit belakang.tanpa mengira usia, ia boleh menyerang kana-kanak di awal persekolahan, remaja dan dewasa.


kebiasaannya sakit belakang disebabkan oleh posture atau kedudukan badan yang tidak sempurna.ia disebabkan oleh sikap,pekerjaan atau keperluan seperti pelajar yang setiap hari duduk terlalu lama.



TIPS MENGELAKKAN SAKIT BELAKANG


mencegah lebih baik dari merawat.sakit belakang ada kalanya membuatkan pengidap merasa tidak keruan dan mengganggu kualiti hidup seseorang.
jadi...
bagaimana caranya untuk kita mengelak daripada terkena sakit belakang ini?


1. pastikan postur badan berada dalam keadaan yang betul.
semasa duduk, sentiasa tegakkan badan.gunakan kerusi yang sesuai.ia sepatutnya mempunyai penyandar yang menyokong mengikut bentuk belakang kita.
apabial berdiri, juga berdiri dengan tegak.jika perlu berdiri lama kerana tuntutan kerja, pastikan kaki senitasa digerak-gerakkan untuk melancarkan pengaliran darah.


2. postur semasa tidur.
posisi tidur yang baik adalah secara mengiring.jika menelentang,boleh letakkan alas bantal pada bawah lutut untuk mengelakkan regangan otot di bahagian belakang.
tidur meniarap adalah sangat tidak digalakkan.ia menyebabkan postur tulang belakang terganggu dan boleh mendatangkan kesakitan.


3. senaman
jika belakang berada dalam eadaan sakit (ringan), kita perlu melakukan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan otot.ini dapat melegakan sakit belakang.


4. merokok
aktiviti merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan sukar membekalkan nutrient kepada tisu-tisu yang memerlukan terutamanya kepada cakera tulang belakang (spinal disc).ini akan mendatangkan kesakitan di bahagian belakang.


5. berat badan
berat badan yang berlebihan akan menyebabkan ketegangan di bahagian belakang.pastikan berat badan berada dalam julat yang ideal.


6. posisi semasa mengangkat benda berat
pastikan kita membengkokkan lutut semasa mengangkat benda berat.elak daripada membongkok kerana ia boleh mencederakan tulang belakang.
membengkokkan lutut dan mencangkung semasa mula mengangkat benda berat akan mengalihkan bebanan ke bahagian lutut dan melindungi keselamatan tulang belakang.


7. pakaian yang sesuai
i. elakkan kasut tumit tinggi kerana ia mengganggu postur tulang belakang.ketinggian tumit kasut seharusnya kurang daripada 2 inci.

ii. elakkan memakai jeans atau seluar yang terlalu ketat hingga menyukarkan pergerakan seperti untuk membongkok, berjalan dan duduk dengan selesa.


8.  dompet dan beg tangan yang sesuai
jangan biarkan dompet terlalu tebal kerana jika kita duduk dalam keadaan dompet tebal berada dalam kocek belakang, tulang belakang akan menjadi tidak selari dan akan mendatangkan rasa sakit.

untuk beg tangan, adalah lebih baik jika beg tangan mempunyai tali yang agak panjang dan boleh disilangkan ke leher dan bahu sebelah lagi.ini menjadikan berat beg tersebut disebarkan sama rata pada ke dua-dua belah bahu kita dan mengurangkan tekanan atau bebanan di belakang.



NAMUN
harus diingat, bukan semua sakit belakang disebabkan oleh ketegangan dan kedudukan yang tidak betul.
ada juga sakit belakang yang berpunca daripada penyakit-penyakit merbahaya seperti kanser, jangkitan tuberkulosis, penyempitan saluran spina (spinal stenosis), cakera tergelincir dan sebagainya.

jika sakit terlalu kuat, berlarutan, atau disertai tanda-tanda lain seperti demam, hilang selera makan, kebas anggota badan dan sebagainya, perlulah dapatkan pemeriksaan daripada doktor bertauliah dengan segera.



jaga kesihatan tulang belakang...
elak lakukan pekara-perkara yang boleh mencederakan tulang belakang..





No comments: