Monday 25 April 2016

TELUR OH TELUR......

salam sejahtera...


antara menu yang sesuai untuk berdiet ialah telur.
selain daripada pelbagai khasiat yg terdapat di dalamnya, telur juga membuatkan seseorang itu berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

tetapi ramai yg takut nak makan telur sebab percaya ia akan meningkatkan kolesterol dalam darah.hakikatnya, kandungan kolesterol dalam sebiji telur adalah rendah sahaja.
yang paling penting, kolesterol bukanlah penyebab penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, darah tinggi dan seumpamanya.
malah kolesterol sangat penting dalam pembentukan hormon-hormon yang berperanan dalam menjaga kesihatan kita.


telur yang baik adalah yang mempunyai kuning telur berwarna terang (bright) kerana ia mengandungi omega 3 yang tinggi.omega 3 bersifat anti keradangan yang berupaya melindungi kerosakan saluran darah.


kebaikan dalam sebiji telur:


1. mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin A, D, E, B12, zat besi, folate, kalsium dan omega 3.vitamin-vitamin ini penting untuk kesihatan tulang, gigi dan rambut serta sel-sel tubuh yang lain.

2. kandungan protein yang tinggi berbanding daging merah.

3. mengandungi kolina (choline) yang sangat penting untuk sel-sel otak. ia penting dalam perkembangan memori kita.untuk ibu hamil, bekalan kolina sangat diperlukan untuk pembentukan sel otak bayi yg sempurna.

4. mengandungi antioksidan yg baik iaitu lutein dan zeaxanthin. dua bahan ini penting untuk menjaga kesihatan mata. memastikan penglihatan yang baik, mencegah katarak dan degenerasi makula.


ubahlah persepsi kita. amalkan pengambilan telur dengan sederhana dan konsisten.bagi yang tinggal di kampung atau mempunyai akses yang mudah, amalkan telur ayam kampung yang dipelihara secara lepas bebas. telur ini mengandungi khasiat yang lebih baik.


kegemaran saya:
1. telur rebus....taburkan lada sulah dan renjis sedikit kicap...mmmm.....

2. telur separuh masak....pecahkan atas sekeping roti bakar kemudian taburkan serbuk lada hitam...


****AWAS YA!!!
bila kita mengendalikan telur, pastikan ia dicuci dengan sempurna sebelum digunakan.
jangkitan kuman SALMONELLA mudah berlaku akibat dari pencemaran yang terdapat di kulit telur.jangkitan ini menyebabkan cirit-birit yang teruk dan boleh membawa kepada kematian.





  

No comments: