Friday 3 January 2014

FAEDAH VITAMIN B COMPLEX

MOGA ANDA SIHAT DAN CEMERLANG

JOM TENGOK CERITA B COMPLEX


itu antara faedah yang anda akan dapat bila mengambil vitamin B complex secara konsisten...

namun,ada banyak lagi kelebihannya......jom baca.



Vitamin B complex (Bco)
-          Larut air
-          Mikronutrien penting (perlu) untuk kesihatan optima
-          Boleh diperolehi dari diet atau suplemen
-          Risiko toksisiti yang sangat minima kerana ia larut air di mana jumlah   yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing.


        Fungsi vitamin Bco

         Sumber tenaga
Membantu enzim di dalam badan untuk bertindak dalam metabolism makanan
Kekurangan mana-mana vitamin B boleh menyebabkan keletihan dan rasa resah.

         Membantu fungsi hormon dan neurotransmitter  di dalam sistem saraf     otak.dengan itu ia memberikan kebaikan kepada memori dan fungsi       sistem saraf pusat.

       Merangsang pengeluaran asid perut
Membantu proses penghadaman & penyerapan zat makanan (terutamanya B1,B6 & B7)
B6 juga membantu penyerapan vitamin-vitamin lain

       Meningkatkan daya tumpuan dan daya ingatan
Vitamin B5 & B6 membantu melarutkan & meneutralkan paras homosistin yg merbahaya kepada sel otak.
Kekurangan Vit B12 dikaitkan dengan pengecutan sel otak & pengurangan fungsi2 otak yg lain.

              Diperlukan untuk pembentukan & perkembangan sel2 luar kulit.
Antara tanda kekurangan vit B ialah kelemumur,kulit bersisik & kering,uban,nyanyuk dan tanda2 penuaan pra matang.

             Membantu kehamilan yang sihat dengan mengurangkan risiko              kecacatan tiub neural bayi (neural tube defect) dan lain2 kecacatan      struktur badan bayi.kekurangan folate dan B12 juga boleh menyebabkan  keguguran akibat daripada anemia dan kecacatan lain.
 Ibu memerlukan 400mg folate untuk memastikan kehamilan yg sihat..  (saranan CDC).

 Vitamin B12 & folate diperlukan dalam pembentukan  haemoglobin.kekurangannya menyebabkan terbentukknya sel darah  merah yang besar & berlainan bentuk di dalam system aliran    darah.apabila sel yang besar ini melalui saluran darah yang kecil ia  menyebabkan kerosakan dinding & pemecahan sel darah seterusnya    menyebabkan anaemia (pernicious anaemia)

          Menjaga kesihatan jantung dengan mengawal paras homosistin.

   Membantu pembentukan struktur DNA.kekurangannya boleh  menggangu pertumbuhan dan perkembangan fizikal.

          Meneutralkan radikal bebas dan toksin lalu melindungi seseorang dari  risiko barah payudara,paru-paru & hati.

    Baik untuk kesihatan mental dengan mengurangkan keresahan dan kemurungan serta meningkatkan daya ingatan.

  Mengawal symptom pra haid (premenstrual symptoms) dengan membantu kestabilan hormon terutamanya vitamin B6.

     Membantu mengurangkan ‘morning sickness’ 

    Pyridoxine digabungkan dengan magnesium boleh membantu    mencegah pembentukan batu karang dalam saluran kencing/buah  pinggang.

          Membantu mngurangkan migrain

          Panthothenic acid mempercepatkan penyembuhan luka

          Biotin yang tinggi digabungkan dengan kromium membantu mengawal  paras gula dalam darah.


NOTA**

**vitamin B elok diambil bersama makanan. …pengambilan semasa perut kosong boleh menyebabkan loya.

**Vitamin B6 mengaktifkan  aktiviti neurotransmitter…pengambilan pada waktu malam boleh mengganggu tidur kerana meningkatkan berlakunya mimpi.

**ubat yang mengganggu penyerapan vitamin B
                -antacids (untuk gastric & refluks)
                -antibiotik
                -pil perancang keluarga
               
**ubat diuretic mengurangkan paras B1

**ubat kencing manis (glucophage) mengurangkan paras asid folik & B12.

**pengambilan berterusan B6 pada kadar yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf…disarankan tidak melebihi 200mg sehari (B6 dalam produk Bco Shaklee adalah 27mg sahaja)

**folate daripada makanan agak sukar diserap…Shaklee mempatenkan coating bagi membolehkan vitamin ini diserap dengan mudah.


Vitamin B boleh diperolehi dari makanan seperti:
Sayuran berdaun hijau
Telur
Daging
Produk tenusu
Buah-buahan segar
Ikan
Ayam
Cendawan
Brokoli dan pelbagai makanan lain
(mudah didapati)

Tanpa diet yang seimbang,seseorang itu perlu mendapatkan sumber vitamin B dari makanan tambahan.



ingin mengetahui lebih lanjut tentang homosistin....sila rujuk di sini.
homocysteine
homocysteine 2

***PERHATIAN
sila dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk memastikan masalah kesihatan anda
produk SHAKLEE adalah makanan tambahan untuk kesihatan yang optima.Ia bukanlah ubat kepada penyakit anda.

No comments: