Friday, 17 January 2014

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

selamat bercuti kepada yang sedang bercuti....
selamat meneruskan tugas seharian kepada yang bekerja....

hari ini saya akan tunjukkan ringkasan cara pengambilan vitamin SHAKLEE..
oleh kerana ada banyak jenis vitamin atau supplemen dan kebanyakan yang mengambil vitamin SHAKLEE mengambil beberapa jenis secara serentak,ada yang terkeliru atau tertanya-tanya bagaimana cara pengambilan vitamin Shaklee ini.
saya juga begitu....namun setelah membaca dan meneliti kesan pengambilan vitamin ini,saya buat rumusan seperti berikut:

setiap individu mempunyai tindakbalas yang berbeza.
setiap individu mempunyai rutin kehidupan yang berbeza.

oleh kerana produk Shaklee adalah vitamin atau makanan tambahan maka tidak ada 'hard rules' untuk mengambilnya.

secara umum:
**pengambilan vitamin Shaklee perlulah diambil selepas makan untuk menggalakkan proses penyerapan.
**lebihkan pengambilan air (antara 2 ke 3 liter sehari) 
**jarakkan sekurang-kurangnya dua jam dengan pengambilan ubat-ubatan lain
**dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sebarang supplemen



contoh:

PAGI

mengambil vitamin/supplemen untuk membekalkan tenaga seperti:
ESP,mealshake dan performance drink (PD)

SELEPAS MINUM PAGI (morning break)
vitalea, B complex,GLA,Vita C

TENGAH HARI
omegaguard,lecithin,AJHT,alfalfa

SELEPAS MINUM PETANG
zinc complex

MALAM
omegaguard,lecithin,alfalfa

SEBELUM TIDUR
ostematrix,herblax


pengguna boleh mengubah jadual makan mengikut kesesuaian masing-masing.
ada beberapa perkara perlu dielakkan iaitu:

B complex perlu diambil waktu pagi kerana 
kandungan B6 di dalamnya merangsang neurotransmitter dan boleh menyebabkan peningkatan berlakunya mimpi (mengganggu tidur)

Ostematrix...
*tidak boleh diambil bersama Vitalea kerana kalsium mengganggu penyerapan iron
*elok diambil sebelum tidur kerana kalsium membantu tidur yang nyenyak

Alfalfa..
tidak boleh diambil bersama Vitamin E dan GLA kerana vitamin E mengganggu penyerapan alfalfa.


Semoga semua yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee mendapat manfaat seperti yang dihajatkan.




No comments: