pada musim panas membahang macam sekarang ini,peratusan untuk berlakunya sembelit adalah lebih tinggi kerana badan mudah mengalami kekurangan air.
secara mudahnya...sembelit ialah apabila berlakunya kesukaran pembuangan najis di mana najis menjadi lebih keras.kekerapan pembuangan yang menjadi kurang berbanding kebiasaan juga dikategorikan sebagai sembelit.
kekerapan pembuangan najis adalah berbeza mengikut individu.
antara punca berlakunya sembelit:
1. kurang pengambilan serat
2. kurang mengambilan air
3. amalan pemakanan yang tidak betul
4. kurang pergerakan badan (orang yang uzur,lumpuh dsb)
5. pengambilan ubat-ubatan tertentu (anti kemurungan,pil iron,ubat tahan sakit yang kuat seperti morphin)
6. stress dan kemurungan
7. masalah kesihatan seperti hypothyroidism,Parkinson's Disease,irritable bowel syndrome,multiple sclerosis dan kanser kolon
8. penggunaan laksatif yang berlebihan {menyebabkan pergerakan usus terganggu (lazy bowel)}
9. kehamilan
10.idiopatik (punca yang tidak dapat dikenalpasti)
kesan sembelit yang berpanjangan ke atas tubuh badan:
1. luka pada saluran usus besar (anal fissure) yang menyebabkan rasa sakit & pendarahan2. pengumpulan najis yang terlalu banyak menyebabkan berlakunya rembesan toksin hasil proses fermentasi & pereputan bahan buangan di dalam usus.
3. najis yang tersekat
4. gangguan keseimbangan bakteria usus yang hilang atau mati.bakteria ini diperlukan untuk melindungi dinding usus dari serangan kuman-kuman lain.Ia juga terlibat dalam menghasilkan vitamin B dan K yang diperlukan untuk pembekuan darah.Bakteria ini juga memberi perlindungan imuniti kepada usus selain bertindak untuk melembutkan najis.kehilangan bakteria ini menyebabkan seseorang menjadi tidak selesa.
5. kerosakan kepada lapisan usus boleh menggalakkan berlakunya polip dan kanser usus.
6. buasir juga mudah berlaku di kalangan orang yang mengalami sembelit.
perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor untuk mengenalpasti punca masalah yang sebenar.
punca-punca yang merbahaya seperti kanser,hypothyroidism,masalah kemurungan (psikologi) dan sebagainya perlu dirawat dengan sempurna.
andainya ia didapati berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan,ia perlu dihentikan atas nasihat doktor.
tanpa masalah kesihatan yang serius,sembelit boleh diatasi dengan cara:
1.pengambilan serat yang tinggi dalam menu makanan harian
2.pengambilan air yang mencukupi (antara 2 ke 3 liter sehari)
3.senaman (cara hidup yang aktif)
4.penggunaan laksatif secara terkawal
5.amalan pemakanan yang seimbang
Fungsi Magnesium
*menjadikan dinding kolon berada dalam keadaan 'relax'
*meredakan ketegangan dinding kolon dan membantu proses peristalsis kolon
*menarik air untuk memasuki kolon
gabungan tindakbalas ini akan membantu menjadikan najis lebih lembut dan memudahkan proses pembuangan najis (mengurangkan berlakunya sembelit).
Kalsium
di dalam kolon,kalsium bertindakbalas dengan bergabung dengan aliran hempedu (bile) yang berlebihan serta bahan berlemak untuk membentuk sebatian tidak terserap yg tidak merbahaya kepada tubuh....bahan yang terbentuk ini akan dikeluarkan bersama-sama najis.Ia membantu membersihkan saluran kolon.
selain pengambilan serat & air yang tinggi,pengambilan gabungan kalsium dan magnesium juga dapat membantu mengatasi sembelit.
OSTEMATRIX dari Shaklee membekalkan sumber-sumber ini kepada penggunanya.
Selain daripada fungsi utamanya dalam membantu kesihatan tulang,ia juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit.
UNTUK PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA
IEDA
0107796751 (SMS/WHATSAPP)
ATAU EMEL
iedasid@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment