Wednesday, 26 March 2014

MENGAPA PERLU SUPLEMEN?

Untuk berfungsi dengan sempurna,badan kita memerlukan sumber vitamin dan mineral yang mencukupi.vitamin dan mineral ini boleh diperolehi daripada pelbagai sumber makanan harian kita.dengan amalan pemakanan yang seimbang seseorang itu akan dapat berada pada tahap kesihatan yang optima.

walau bagaimanapun, dalam kehidupan kita di zaman serba sibuk ini,ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan makanan yang seimbang itu...bukan kerana faktor kewangan (bekalan) tetapi kerana kesuntukan masa untuk menyediakan makanan-makanan tersebut.kita seringkali terjebak dengan pengambilan makanan segera untuk sekadar menghilangkan rasa lapar dan memenuhi nafsu makan.


Oleh itu, menjadi keperluan kepada golongan seperti ini untuk mengambil makanan tambahan (suplemen) untuk memastikan agar diri sentiasa sihat dan bertenaga.lambakan suplemen di pasaran membuatkan kita perlu meneliti dengan baik agar tidak terpedaya dengan produk yang dicampur dengan bahan kimia untuk kesan yang lebih cepat dan ketara.

Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza.ada yang memerlukan suplemen untuk menambahkan tenaga,ada yang ingin menurunkan atau menambah berat badan,ada juga untuk kecantikan kulit dan pelbagai lagi.begitu juga dengan peringkat usia.lain usia lain pula keperluannya contohnya orang yang lebih berusia mungkin memerlukan suplemen untuk mengurangkan sakit sendi.

Bagi yang mengalami masalah rabun,mereka memerlukan pengambilan karotein yang mencukupi kerana ia dipercayai mampu memperbaiki penglihatan.
Vitamin B pula mampu mengurangkan stress manakala vitamin C yang diambil secara berterusan boleh meningkatkan daya tahan tubuh sesorang (meningkatkan imuniti).


Multivitamin yang menggabungkan pelbagai sumber vitamin dan mineral elok diamalkan setiap hari walaupun seseorang itu belum dihinggapi apa-apa penyakit.walaupun ia tidak seratus peratus menyamai makanan asli,pengambilan secara berterusan akan meningkatkan tenaga dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit.

Dengan amalan makanan seimbang,pengambilan suplemen secara konsisten sera amalan gaya hidup sihat pastinya setiap dari kita mampu menghayati kehidupan yang lebih bermakna bersama insan-insan tersayang.



DAPATKAN SUPLEMEN YANG SEMULAJADI,SELAMAT DAN BERKESAN KELUARAN SHAKLEE.


No comments: