Wednesday, 23 April 2014

RHEUMATOID ARTHRITIS

salam sejahtera....
moga hari ini adalah lebih baik dari semalam...


jangan terkejut plk tengok gambar tangan ni...
ini adalah gambar tangan pesakit Rheumatoid Arthritis (RA).
apa itu Rheumatoid Arthritis?
ia adalah sejenis penyakit auto imun di mana sistem imun badan menyerang sel-sel badan sendiri.untuk penyakit ini,sistem imun menyerang sendi-sendi badan tanpa mengira sendi besar atau kecil menyebabkan berlakunya radang sendi.


ia berlaku tanpa mengira umur bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas.penyakit akan berlaku secara berterusan dengan episod-episod serangan yang kuat dan berselang-seli dengan episod reda (remission).ketika serangan sendi yang terlibat akan menjadi sakit dan bengkak.serangan yang berterusan menyebabkan kerosakan pada sendi yang terlibat menjadikan ia bengkak,berubah bentuk dan tegang (stiffness).untuk jangka panjang seseorang pesakit Rheumatoid Arthritis akan mengalami limitasi dalam penggunaan anggota terbabit.


tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini.rawatan ubat-ubatan (penahan sakit,aspirin dsb) adalah sekadar untuk meredakan kesakitan semasa serangan berlaku.kadang kala steroid digunakan untuk kelegaan dengan cepat bagi kes-kes yang teruk.namun penggunaan steroid pada jangkamasa lama mendatangkan pelbagai kesan sampingan kepada badan.

KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN STEROID


dari segi pemakanan atau suplemen,terdapat beberapa sumber yang boleh membantu mengawal tahap keradangan sendi bagi kes Rheumatoid Arthritis.
antara suplemen yang sesuai untuk Rheumatoid Arthritis ialah:

Omega 3
bersifat anti keradangan
mengurangkan kesakitan dan kekejangan sendi di awal pagi (morning stiffness)
dengan itu mengurangkan kebergantungan kepada ubat penahan sakit

Borage Oil
mengurangkan bengkak dan kesakitan sendi.
penggunaan berterusan boleh mengurangkan keperluan kepada penggunaan steroid.
namun boleh meningkatkan risiko pendarahan jika diguna bersama NSAID (ubat penahan sakit).

Boswellia
mengurangkan keradangan dan rasa sakit.
membantu mencegah kerosakan cartilage.

sumber makanan lain yang boleh membantu mengurangkan keradangan sendi


selain daripada itu,senaman ringan dan penggunaan sendi yang terbabit secara berterusan boleh membantu mengurangkan kerosakan sendi dan meningkatkan tahap upaya penggunaan sendi-sendi terbabit.


PRODUK SHAKLEE UNTUK SENDI


OMEGAGUARD (omega 3)
GLA (borage oil)
AJHT (Boswellia)


produk Shaklee tidak boleh digunakan untuk mendiagnosa atau 
merawat sebarang penyakit.
sebarang pertanyaan/pesanan sila hubungi saya seperti di atas.


No comments: