Friday, 2 May 2014

TELUR OH TELUR

salam sejahtera...moga semuanya sihat...
kembali bekerja hari ini...esok cuti semula...best juga kan?...on off kerja macam ni...

apa sarapan anda pagi ni?
saya makan sebiji telur rebus yang diperisakan dengan lada putih..diet?taklah sangat.cuma jaga makan demi kesihatan.hari ni masak nasi lemak untuk anak-anak maka ada telur rebus..dah lama tak makan telur telur rebus dgn lada putih...sebab tu ambil kesempatan pagi tadi.

ada orang kata tak boleh makan telur kalau ada luka...nanti bernanah & lambat sembuh...betul?
taklah...ia hanya mitos.lainlah kalau orang tu memang sah-sah alah kepada telur...bila makan akan jadi gatal & luka akan merebak bila digaru.

khasiat telur.

mengandungi protein yang tinggi dengan 9 asid amino perlu serta pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A dan B (asid folik,kolin & biotin) serta tinggi potasium.

faedah kesihatan dari telur

1. mata
kandungan karotinoid terutama lutein & zeaxanthin mampu membantu mencegah macula degenaration dan cataract.

2. ada kajian yang menunjukkan ia mampu membantu menurunkan risiko kejadian strok,serangan jantung dan darah beku.

3. telur kuning mengandungi choline yang tinggi iaitu sekitar 300micrograms.choline membantu melancarkan fungsi saraf terutamanya di otak dan membantu fungsi jantung.

4. kandungan lemak dalam sebiji telur adalah rendah dan nisbah lemak tepu juga rendah.maka dengan pengambilan telur yang sederhana seseorang itu tidak akan mengalami peningkatan paras kolesterol malah boleh membantu memperbaiki keseimbangan kolesterol dalam darah.

5. telur juga mengandungi vitamin D semulajadi.vitamin D membantu menjaga keseimbangan kesihatan pada peringkat sistem imun.

6. kandungan  vitamin,mineral dan sulphur di dalam telur boleh membantu memperbaiki kesihatan rambut dan kuku.

walau bagaimanapun bukanlah setiap biji telur itu mengandungi nisbah vitamin yang sama.ia juga bergantung kepada pemakanan ayam yang menghasilkan telur-telur tersebut.dikatakan bahawa ayam yang dibiarkan bebas menghasilkan telur yang lebih berkualiti.cara memasak juga mempengaruhi hasil terakhir yang kita perolehi.memasak secara berlebihan akan merosakkan struktur protein di dalam telur.

banyak kan khasiat telur?jadi jangan terlalu rungsing jika anak-anak suka makan telur...cuma kita perlu mengawal agar ianya tidak keterlaluan dan mengganggu keseimbangan diet anak-anak kita.

andai anak-anak anda mempunyai masalah untuk makan (serba tidak kena dengan seleranya), apa kata anda cuba berikan MEALSHAKE Shaklee sebagai minuman tambahan?dengan rasa yang enak,ia penuh dengan khasiat vitamin untuk pembesaran anak-anak dan membantu ke arah kesihatan yang baik.




******************************************************************************************
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: