Thursday, 12 June 2014

KENAPA GAGAL MENYUSU?

HOSPITAL RAKAN BAYI....
apakah maksudnya?
Hospital Rakan Bayi dilancarkan pada tahun 1992 dengan tujuan menggalakkan penyusuan susu ibu yang dimulakan sejak bayi dilahirkan.Semua staf yang terlibat dalam proses kelahiran bayi dilatih untuk membantu ibu-ibu menyusukan bayi dengan susu ibu sebaik dilahirkan.
Satu inisiatif yang baik oleh pihak kerajaan untuk menjamin kesihatan bayi berada di tahap optima.Namun apakah ianya berjaya dilaksanakan sepenuhnya?

Tiada yang dapat menjamin kejayaan 100% dalam apa jua perkara yang kita lakukan.Banyak faktor positif dan negatif yang berlaku dan perlu diambil kira.

Bukan untuk membincangkan tentang polisi tersebut di sini....
sekadar mukadimah..

Yang ingin diperkatakan adalah punca-punca kegagalan penyususan susu ibu mengikut pengalaman saya yang sering berhadapan dengan pelanggan berkaitan.

Antara punca berlakunya kegagalan penyusuan susu ibu ialah:

1. tiada keyakinan dan kesabaran dalam diri ibu
Ibu cepat mengalah dan beralih kepada susu formula apabila melihat bayi menangis seolah-olah susu yang diberikan tidak mencukupi.

2. tiada sokongan orang keliling
saudara mara serumah seperti mertua/ibu/suami tidak memberi galakan ke arah penyusuan susu ibu malah menyuruh memberikan susu formula supaya bayi cepat kenyang.

3. pengasuh bayi yang tidak memberi kerjasama
ada pengasuh yang merasakan membancuh susu formula adalah lebih cepat dan mudah daripada menyediakan susu ibu yang telah dibekalkan oleh ibu bayi.

4. faktor fizikal ibu
fizikal ibu yang semulajadi seperti pembentukan puting yang tenggelam (inverted nipple) yang menyukarkan penyusuan.

5. masalah kesihatan ibu
ibu yang lemah kerana proses kelahiran yang sukar ataupun kerana penyakit-penyakit lain menjadikan penjaga bayi beralih kepada susu formula untuk memberi ruang kepada ibu untuk pulih.

6. masalah kesihatan bayi
bayi yang mengalami masalah kesihatan yang teruk dan memerlukan rawatan intensif di hospital.

7. masalah fizikal bayi
contohnya bayi yang dilahirkan dengan masalah sumbing (cleft lip/palate)

Bukan semua ibu yang baru melahirkan dianugerahkan dengan susu yang banyak pada awal kelahiran bayi.ada yang langsung tidak mengeluarkan susu.namun rangsangan awal dari pengisapan bayi akan merembeskan hormon untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu.kesabaran,keyakinan dan ketenangan emosi amat penting untuk menjayakan proses penyusuan  terutamanya bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan.
Ibu juga perlu memastikan berada dalam keadaan yang sihat dengan mengambil pemakanan yang seimbang.Amalan berpantang yang keterlaluan boleh menyebabkan pengeluaran susu terjejas sama ada dari segi kualiti atau kuantiti.
Selain daripada itu,sokongan ahli keluarga juga penting untuk memastikan ibu sentiasa bersemangat untuk meneruskan penyusuan  bayi dengan susu badan.

Saya pernah melihat seorang bapa yang berulang alik setiap hari menghantar susu ibu yang diperah kepada bayinya yang dirawat di unit rawatan rapi kerana kelahiran pra matang. kegigihan bapa tersebut amat mengkagumkan. alhamdulillah anaknya membesar dengan sihat tanpa sebarang komplikasi.


selamat maju jaya kepada semua ibu yang berusaha menyusukan bayi dengan susu ibu......susu ibu adalah anugerah terbaik untuk bayi anda.

antara suplemen asas dari Shaklee yang boleh diamalkan untuk membantu penyusuan yang berkualiti


vitalea
mengandungi semua vitamin yang diperlukan untuk memberikan tenaga kepada ibu

alfalfa
bertindak sebagai milk booster

ESP
protein soya yang memperkayakan susu ibu menjadikan bayi lebih cepat kenyang dan selesa




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: