Friday 18 July 2014

BISUL (ABSCESS)

salam sejahtera buat semua..

anda pernah kena bisul/abscess? mesti ramai yang dah pernah alami..kecil atau besar,tetap menyakitkan.

apa itu bisul?
bisul adalah satu proses pengumpulan nanah di dalam tisu badan yang berpunca dari jangkitan bakteria.kawasa yang terlibat akan menjadi merah,panas,bengkak dan sakit.
jika bisul berlaku di bahagian dalam badan contohnya di abdomen,hati atau otak,akan ada tanda-tanda lain seperti demam berpanjangan serta kelesuan,rasa tidak selesa atau sakit pada bahagian terlibat juga boleh berlaku.bagi bisul di dalam otak,pesakit boleh mengalami lemah anggota badan di kawasan yang terbabit.

google pic

bagaimana bisul berlaku?
1. kemasukan secara terus (direct) oleh organisma ke dalam tisu badan
2. kuman yang merebak dari jangkitan di kawasan berhampiran
3. jangkitan yang merebak melalui saluran limfatik atau saluran darah

kenapa bisul berlaku?
1. daya tahan badan yang lemah
2. kehadiran bendasing
3. sekatan pada aliran yang normal contohnya sekatan pada saluran kencing
4. kederaan tisu
5. kehadiran tisu yang rosak atau pengumpulan darah beku

google pic

bila berlaku pembentukan nanah dan kerosakan/kematian tisu di sekelilingnya, tisu konektif yang mempunyai banyak saluran darah akan mengelilingi kawasan kerosakan tisu terbabit untuk mengawal jangkitan daripada merebak ke kawasan lain.

bagaimana bisul di diagnosa?
1.di kawasan kulit,pemeriksaan fizikal akan mengesahkannya
2. bagi bisul di kawasan yang lebih dalam seperti abdomen dan otak,ultra sound, CT Scan dan MRI dapat membantu

rawatan
1. antibiotik untuk bisul yang ringan di kulit
2. bisul yang lebih besar dan di kawasan dalaman, pembedahan untuk mengeluarkan nanah diperlukan.


NOTA:
pesakit kencing manis lebih mudah mengidap bisul kerana daya tahan badan menjadi lemah.jika anda kerap mengalami bisul,sila periksa kandungan gula di dalam darah anda.

tingkatkan daya tahan badan dengan pengambilan makanan yang seimbang.

Vitamin C Shaklee mampu membantu meningkatkan daya tahan badan terhadap jangkitan dengan syarat ia diambil secara berterusan.


Jika anda mengalami Kencing Manis,pastikan paras gula sentiasa terkawal.
VIVIX boleh membantu dalam mengawal paras gula anda dan juga memperbaiki sel-sel badan anda.






These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
 IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: