kelahiran bayi adalah satu detik yang sangat membahagiakan pasangan suami isteri.namun bukan semua kelahiran berlaku secara lancar tanpa sebarang masalah.
salah satu masalah yang boleh timbul adalah pendarahan berlebihan selepas bersalin (POST PARTUM HAEMORRHAGE/PPH).
pendarahan berlebihan adalah bila volum darah lebih daripada 500 ml.
ia disebut sebagai minor jika mencecah 1000ml dan major sekiranya melebihi 1000ml.
pendarahan berlebihan selepas bersalin ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
1.primer
berlaku dalam masa 24 jam selepas kelahiran
2. sekunder
berlaku selepas 24 jam kelahiran sehingga 6 minggu tempoh berpantang
punca pendarahan berlebihan selepas bersalin
1.rahim gagal mengecut
2.kecederaan/luka
3.tertinggal uri/serpihan uri atau darah beku yang banyak
4.masalah pembekuan darah
pendarahan sekunder biasanya disebabkan oleh:
1. jangkitan dalam rahim (endometritis)
2. tertinggal sebahagian daripada uri atau membran
antara faktor risiko yang boleh membawa kepada berlakunya pendarahan berlebihan selepas bersalin:
1. pernah engalami pendarahan semasa hamil
2. uri di bawah (placenta praevia)
3. uri lekang sebelum kelahiran berlaku (abruptio placenta)
4. kandungan kembar
5. kandungan ke 5 dan ke atas
6. air ketuban berlebihan (polyhydramnions)
7. darah tinggi semasa hamil dan pre eklampsia
8. pernah mengalami pendarahan berlebihan semasa kelahiran sebelumnya
9. ibu yang obese
10. rahim yang tidak normal (mengganggu pengecutan rahim)
11. masalah dengan sistem darah sejak sebelum hamil (anaemia,haemophilia dsb)
selain itu,faktor seperti berikut juga boleh meningkatkan risiko pendarahan berlebihan:
1. bersalin secara pembedahan
2. tertinggal uri
3. bersalin paksa (induced labour)
4. bersalin menggunakan bantuan peralatan seperti forcep/vakum
5. sakit bersalin yang panjang (lebih dari 12 jam)
6. bayi besar (lebih dari 4 kg)
apabila berlaku pendarahan berlebihan selepas bersalin,nyawa ibu berada dalam bahaya.ia perlu ditangani dengan segera oleh doktor bertauliah.
proses pemulihan ibu-ibu ini juga biasanya agak lambat berbanding kelahiran tanpa komplikasi.
Shaklee menyediakan beberapa suplemen lengkap yang boleh diambil oleh mana-mana ibu selepas melahirkan untuk memulihkan kesihatan dengan segera dan selamat.
SAYA NAK SET BERSALIN LENGKAP SHAKLEE
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH
SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah
No comments:
Post a Comment