Tuesday, 28 October 2014

ALAHAN KULIT MUKA

salam sejahtera.

keradangan kulit muka akibat penggunaan bahan kosmetik agak kerap berlaku.saya sering bertemu dengan kes-kes begini.kebanyakannya berpunca dari penggunaan krim pelembap (moisturizer).pengguna yang alah akan mengalami rasa pedih pada kulit muka dan kulit menjadi nipi atau mengelupas dan kemerah-merahan.ada juga yang agak serius sehingga menyebabkan muka bengkak.

bagaimana alahan kulit muka berlaku?

di dalam bahan kosmetik seperti pelembap ini terdapat gabungan bahan-bahan kimia serta pengawet yang pelbagai jenis.apabila disapukan pada kulit,bahan yang mempunyai saiz molekul yang sangat kecil akan terserap ke dalam kulit.jika seseorang itu alah kepada bahan kimia yang digunakan,tindakbalas akan berlaku sebaik bahan tersebut diserap.tindakbalas tersebut akan menghasilkan keradangan atau inflamasi kepada kulit.

bagaimana mengelakkan alahan kulit muka ini?

jika pernah mengalami alahan maka elakkan penggunaan bahan tersebut pada masa akan datang.baca label produk tersebut dan simpan sebagai data rujukan.
untuk kali pertama penggunaan,lebih selamat jika diambil sedikit sahaja produk tersebut dan disapu pada pergelangan tangan dan dibiarkan beberapa jam untuk melihat sebarang tindakbalas kulit.jika berlaku kemerah-merahan,elakkan penggunaan bahan tersebut.

namun begitu ada juga orang yang mengalami alahan yang lewat iaitu setelah bebrapa lama menggunakan bahan tersebut.
maka sebaik saja mengalami alahan,berhenti menggunakan produk tersebut.

sentiasa lihat kepada label sesuatu produk.semakin banyak bahan yang digunakan maka semakin tinggi kemungkinan untuk mengalami alahan.

pilih produk yang tidak mengandungi pewangi (fragrance free) dan hypoallegenic.walaubagaimanapun produk-produk ini tidak menjamin penggunanya bebas dari tindakbalas alahan.


Kesimpulannya, apabila menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan kimia dan bahan pengawet,setiap pengguna terdedah kepada tindakbalas alahan.
oleh itu sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta mengambil langkah-langkah perlu sebelum menggunakan produk-produk tersebut.

dapatkan rawatan segera jika mengalami alahan yang serius.alahan bukan saja berlaku pada kulit malah boleh berlaku pada seluruh badan serta boleh menyebabkan tindakbalas anaphylactic yang boleh menyebabkan sesak nafas dan membawa maut.

allergic dermatitis
(google pic)





No comments: