Monday, 27 October 2014

LIMA AMALAN UNTUK BERJAYA

salam sejahtera...

"why? came out from the wrong side of your bed today?"

pernah dapat ungkapan macam ni?
ada kalanya bila kita mulakan hari dengan suatu perkara yang tidak menjadi,ia akan dituruti dengan pelbagai masalah lain di sepanjang hari tersebut...pendek kata "serba tak kena".

Mulakan hari dengan teratur dan cemerlang untuk menjadi orang yang berjaya.
Bagaimana caranya?

BANGUN AWAL
pastikan setiap hari kita mulakan dengan bangun awal.secara automatik kita merasakan yang hari kita lebih panjang dan terasa tidak terburu-buru melakukan tugasan.
Setelah itu lakukan lima perkara berikut:

1. SENAMAN RINGAN
senaman ringan atau aktiviti regangan di dalam rumah sahaja sudah mampu untuk menyegarkan badan.lakuka senaman mengikut keinginan masing-masing agar tidak rasa tertekan atau seperti dipaksa.

2. SEDIAKAN JADUAL AKTIVITI HARIAN
sediakan jadual apa yang perlu dilakukan pada hari tersebut agar semuanya menjadi teratur dan berjaya dilaksanakan.

3. SARAPAN YANG SIHAT
sarapan penting untuk membekalkan tenaga kepada badan dan minda sepanjang hari.pastikan mengambil sarapan yang sihat dan seimbang.elakkan keluar bekerja dalam keadaan terburu-buru dan perut berkeroncong.manfaatkan juga waktu sarapan untuk berinteraksi sesama ahli keluarga.

4. PERSIAPKAN KESIHATAN MENTAL
meditasi mampu menenangkan minda.bagaimana mahu menjalankan tugas jika fikiran kita berserabut dengan pelbagai masalah yang dibawa dari hari-hari sebelumnya?luangkan sedikit masa untuk bermeditasi setiap pagi.

5. MUDAHKAN HARI KITA
apabila telah membuat jadual aktiviti atau tugasan yang perlu dilakukan ada hari tersebut,mulakan dengan tugasan yang paling tidak digemari.ataupun tugasan yang berat dituruti dengan tugasan yang lebih mudah.maka kita akan mengakhiri hari kita dengan perasaan yang lebih lapang dan lega serta minda menjadi lebih tenang.




mari kita sama-sama amalkan 5 cara ini untuk menjadi insan yang berjaya dan bahagia.
jangan lupa juga jalankan tugas wajib kita sebagai umat Islam.

SUMBER

4 comments:

Yana Yani said...

bangun awal dengan sarapan tu selalu buat
hak yang lain tu ikut mood =)

saya membalas kunjungan =)
Diari Seorang Mama

ringantangan said...

Lepas baca entri nih, rasa lebih bersemangat nak bertemu hari esok. :)

Unknown said...

Yana Yani..

kann...samalah kita....hihi
jom sama2 berubah untuk kebaikan.

Unknown said...

ringantangan
moga kita sama-sama mendapat manfaatnya....