beberapa hari kebelakangan ini saya perasan yang anak bujang teruna (17 tahun) di rumah asyik bersin.
dulu memang dia selalu sangat bersin terutamanya waktu pagi atau bila terdedah kepada habuk.bila dia mula ambil Alfalfa Shaklee, bersinnya langsung tak ada.bangun pagi elok saja.sapu sampah pun taklah bersin sangat.cuma kebelakangan ni dia dah mula kurang makan alfalfa....biasalah budak.dah lama tu dia mula culas.terperasan sebab alfalfa untuk dia dan adiknya saya asingkan dan kali ni lambat pula habisnya.
adik (16 tahun) pun makin kurang dapat batuk dan selsema sejak amalkan alfalfa.biasanya dialah yang jadi tukang bawa balik virus ke rumah dan dia juga yang last sekali sembuh.sejak amalkan alfalfa sistem ketahanan badan dia makin kuat.tak ada lagi selsema dan batuk yang berkahak dan meleret berminggu-minggu.
malam ni kena ingatkan si bujang teruna ni untuk makan semula alfalfa.minggu depan dah nak SPM.habis SPM kena PLKN pula....badan mesti kena sihat.
dua beradik ni saya bagi alfalfa dan Vita C Shaklee.
si kecik bambam sekali sekala saya bagi Omegaguard Shaklee serta sirap multivitamin dari klinik sebab dia dah tak minum susu tepung.Mealshake sempat habis hampir satu tin.dia dah tak nak minum tapi saya tak rungsing sangat tentang tu sebab selera makan dia alhamdulillah...superb.
Alfalfa membantu melawan alahan pada saluran pernafasan (allergic rhinitis) dan membantu menguatkan sistem pertahanan badan.cuma bila ambil alfalfa perlulah disertai dengan mengambil air kosong yang banyak.bab minum ni anak-anak saya alhamdulillah tak ada masalah.tak larat nak refill air dalam peti ais (air kosong yang tak sejuk tak laku).
Saya dan suami pun amalkan alfalfa untuk detoks.pendek kata Alfalfa Shaklee ni wajib ada di rumah.si kecik bambam tu pun besar nanti kena makan jugak....dia lagilah kena detoks...hehehe...makan segala.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH
SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah
No comments:
Post a Comment