JERAWAT
..merupakan antara masalah kulit wajah yang paling kerap berlaku dan sangat digeruni oleh semua golongan terutamanya remaja.
ia tidak terlalu merbahaya namun berupaya menyebabkan tekanan dan perasaan rendah diri kepada pengidapnya.
BAGAIMANA JERAWAT BERLAKU
pada setiap helaian rambut atau bulu roma tedapat liang roma yang mengandungi kelenjar sebaceus.fungsi kelenjar ini adalah untuk merembeskan sebum yang akan menjadikan kulit dan rambut lembap.namun ada ketikanya liang roma diselaputi oleh kekotoran sama ada dari persekitaran atau daripada sel kulit mati.liang roma yang tertutup ini menyebabkan cecair sebum tersekat dan mula terkumpul di bawah kulit.ia seterusnya menjadi medium kepada pembiakan bakteria.
hasil tindakbalas pembiakan bakteria menyebabkan berlaku keradangan dan bengkak pada permukaan liang roma.ini mencetuskan jerawat.ia boleh menjadi lebih serius dengan membentuk nanah.
kelenjar sebaceus ini terdapat diseluruh badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki.namun kawasan yang paling banyak adalah di muka dan kulit kepala.
PUNCA JERAWAT
punca sebenar sukar dikenalpasti namun ia dipercayai bersangkut paut dengan hormon androgen.hormon ini dirembeskan dengan banyak pada golongan lelaki dan wanita yang memasuki usia remaja.
faktor keturunan juga dipercayai memainkan peranan.jika ibu atau bapa pernah mengalami jerawat yang teruk maka potensi untuk anak mengalami masalah yang sama adalah tinggi.
pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi menggalakkan berlakunya jerawat.
amalan kebersihan diri juga perlu dititikberatkan.jika tidak gemar mencuci muka maka adalah lebih mudah untuk berlaku penyumbatan pada liang roma seterusnya mencetuskan jerawat.
BAGAIMANA MENGATASI MASALAH JERAWAT
1. pastikan pemakanan harian adalah dari kumpulan yang tindak mengandungi gula yang banyak
2. amalkan tabiat menjaga kebersihan diri iaitu mencuci muka 2 kali sehari menggunakan pencuci muka yang lembut.
kurangkan tabiat menyentuh kulit muka dengan tangan kerana ia menyebarkan kuman dan pastikan juga tangan dan kuku sentiasa bersih.
3. jika telah mengalami jerawat,elakkan dari memicit kerana ia akan menyebabkan sebum yang tersumbat bergerak ke bahagian lebih dalam dan memburukkan keadaan.amalan memicit jerawat juga menyebabkan berlakunya parut pada kulit wajah.
4. jika menggunakan alat solek,pastikan semuanya telah dicuci dengan sempurna sebelum tidur.ini mengelakkan berlakunya penyumbatan liang roma.
RAWATAN
1. menggunakan pelbagai krim jerawat yang ringan yang boleh diperolehi dari farmasi
2. bagi jerawat yang lebih teruk,terdapat krim yang lebih kuat yang hanya boleh dipriskripsi oleh doktor.
3. kadang kala doktor menggabungkan bersama antibiotik untuk mematikan kuman namun penggunaan antibiotik dalam jangka masa yang panjang menyebabkan kuman menjadi rintang.
4. rawatan laser
2 comments:
gud info, cegah jerawat jom! http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/09/masalah-jerawat-dengan-gla
takut sangat kalau ada jerawat yang bernanah =(
btw good tips =D
klik di sini
Post a Comment