sedang berusaha untuk mengurangkan kembali berat badan...
bulan puasa baru-baru ni dah best....rasa slim dan bila timbang memang turun dari sebelumnya.memang jaga pemakanan waktu sahur dan berbuka masa tu.lepas raya ja dah jadi lintang pukang semula.memang masih lagi amalkan suplemen Shaklee tapi pemakanan tak jaga sangat...
makanya...sesiapa yang ambil set untuk kuruskan badan sila jaga pemakanan juga.kalau tak jaga memang susah nak turun.juga amalkan senaman secara konsisten.saya bersenam dalam rumah dan juga di luar rumah...kalau dalam rumah main kejar-kejar dengan si kecik bambam.di luar rumah saya gardening.cuma gardening tu memang tak konsisten.saya buat pada hujung minggu tapi kalau ada keperluan untuk urusan keluarga atau hujan lebat maka gardening terpaksa dikorbankan.
baru dapat mesej en suami...
"syg....malam ni makan kat luar"
hehehe...ni lagi satu faktor yang mengganggu diet....the other half suka makan.
ku jawab "ok" ja...tapi sat lagi kenalah pilih menu yang 'kesayuran'.
lunch tadi makan pasembor mamak..rasa biasa-biasa saja tapi inilah yang agak boleh diterima di SP ni.memang saya suka pasembor sejak azali tapi susah nak cari yang sedap.suka sebab ada sayur-sayur segar dalam tu.kenyang lama.
ok...
selamat malam...selamat beristirehat bersama keluarga.
moga hari ini anda telah mendapat kebahagiaan dan moga esok lebih baik untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment