Friday 17 October 2014

KHASIAT BUAH DELIMA

salam sejahtera

antara buah-buahan yang saya suka makan adalah buah delima.sebab apa?
seronok dok kutip biji-biji kecil tu...leka ja makan.selalu dapat yang tak berapa manis tapi tak jadi masalah...makan saja.
saya lebih suka makan buah daripada jus.terpulang kepada masing-masing punya badan & selera.cuma kalau jus ready made tu perhatikan labelnya...lihat kandungan gula yang dicampurkan.terlebih gula nanti bawa penyakit pula.

APAKAH KHASIAT BUAH DELIMA?


1. mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C,K dan B5 serta tinggi kandungan fosforus,mangganese,magnesium,kalsium,zink dan iron.

2. tinggi kandungan antioksida seperti 'punicalagin' berbanding buah acai dan teh hijau

3. tinggi kandungan serat dan protein

KEBAIKAN BUAH DELIMA


1.   memelihara kecantikan kulit (membantu pertumbuhan sel baru dan menyembuhkan luka)
2.   menjaga kesihatan jantung (mengurangkan kolesterol dan mencegah artherosclerosis)
3.   mencegah Alzheimer
4.   mencegah pembiakan sel kanser (terutama barah buah dada dan kelenjar prostate)
5.   memulihkan sistem pencernaan (kesihatan usus)
6.   merawat anaemia (sangat baik untuk ibu hamil)
7.   menguatkan tulang
8.   membantu mencegah impotensi 
9.   mengurangkan stress
10. menguatkan daya imuniti

dulu-dulu,arwah bapa saya menggunakan campuran daun delima dan bedak sejuk untuk merawat ruam panas,ekzema,demam campak dan kayap.memang berkesan.

pokok delima tidak terlalu besar.sesuai di tanam di halaman rumah sama ada di atas tanah ataupun di dalam pasu.

sekarang ada banyak buah delima dijual di pasar malam dan pasar tani.harga pun murah sahaja.boleh mencuba untuk mendapatkan khasiat buah delima yang tak ternilai.

khasiat buah delima
buah delima







1 comment:

Mama iskh vitamin terbaik said...

Waktu saya mengandung memang saya suka makan buah delima. Memang sedap.. Anak saya pun masa saya lahirkan bersih aje..