salam sejahtera...
anda pernah luka melecet?
selalu biarkan luka tu berkeruping?...(ada lapisan kulit mati yang tebal di atas luka sebab tak dicuci setiap hari).ramai orang yang mengelakkan luka daripada terkena air.hasilnya cecair yang keluar dari luka akan terkumpul dan makin menebal membentuk lapisan yang keras (keruping).
di bahagian bawah lapisan ini sel-sel mati akan terus terkumpul dan memudahkan berlaku jangkitan kuman.ini akan melewatkan proses penyembuhan luka.
maka,rajin-rajinlah mencuci luka anda walaupun terasa pedih.dengan mencuci,lapisan sel mati dikeluarkan lalu memudahkan sel-sel baru untuk tumbuh.
motif cerita?
pagi tadi dok pulun buang keruping kat luka customer...
saja nak kongsi...
(pic from google)
No comments:
Post a Comment