salam sejahtera...
baca info dari KKM pagi ni....
kementerian bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya penularan wabak penyakit virus EBOLA.....
APAKAH VIRUS EBOLA
virus Ebola mula dikenalpasti di negara Afrika.ia dipercayai sudah lama membiak tanpa sebarang kesan terhadap manusia dengan menjadikan kelawar sebagai perumah.
dikatakan mula menjangkiti manusia apabila berlakunya sentuhan antara haiwan yang membawa virus tersebut dengan manusia.
Jangkitan virus Ebola menyebabkan seseorang itu mendapat demam panas secara tiba-tiba, sakit badan,lemah,sakit kepala,sakit tekak dan sakit sendi.
Ia diikutui dengan sakit perut,cirit birit,muntah,bintik-bintik merah pada kulit,pendarahan dalaman,pendarahan melalui hidung,telinga atau mulut serta kerosakan buah pinggang dan hati.kadar kematian bagi jangkitan virus Ebola adalah tinggi iaitu sekitar 50 - 90 %.maka rawatan awal amat diperlukan untuk mengurangkan kadar komplikasi dan kematian.
RAWATAN
tiada rawatan khas untuk virus EBOLA.tiada juga vaksinasi untuknya.
rawatan adalah lebih kepada rawatan sokongan terhadap simtom-simtom atau gejala yang dihidapi pesakit termasuk memastikan tahap hidrasi pesakit terkawal.
pesakit biasanya perlu diasingkan untuk mengeakkan jangkitan kepada orang lain.
BAGAIMANA MENCEGAH PENULARAN VIRUS EBOLA?
elakkan bersentuhan secara langsung dengan pesakit virus Ebola.jangkitan berlaku melalui sentuhan dengan cecair badan pesakit seperti urin,air liur,muntah,najis dan darah.gejala jangkitan boleh dialami dalam masa 2 hingga 20 hari selepas terdedah dengan virus tersebut namun biasanya dalam minggu pertama ia sudah menampakkan simtom.
mencuci tangan dengan air dan sabun selepas mengendalikan pesakit boleh mengurangkan kadar jangkitan.
menggunakan sarung tangan dan penutup (mask) juga mengurangkan risiko.
jika berada di dalam kawasan yang terlibat dengan wabak adalah dinasihati untuk mengelak mengambil makanan mentah.buah-buahan juga perlu dicuci dengan bersih dan dibuang kulit sebelum dimakan.
negara yang dijangkiti virus Ebola
(google pic)
gejala serangan virus ebola
(google pic)
bersama menjaga kesihatan.
dapatkan rawatan segera apabila demam panas berlaku secara tiba-tiba dan tidak bertindakbalas dengan rawatan biasa.
1 comment:
kena berjaga-jaga ni,
tq! Gud info.
Post a Comment