Wednesday 15 October 2014

VITAMIN D

salam sejahtera

Vitamin D adalah salah satu vitamin yang penting di dalam badan kita.namun ramai yang kurang peka dengan kepentingan vitamin D kerana ia jarang dibangkitkan oleh pengamal perubatan.

keperluan utama Vitamin D adalah dalam memastikan penjagaan kesihatan tulang.
kekurangan vitamin D di kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan gangguan pada pembentukan tulang dan menjadikan tulang lemah.penyakit ini dikenali dengan nama Ricket's Disease.

dikalangan orang dewasa,kekurangan vitamin D boleh menyebabkan tulang lemah dan poros (osteoporosis) serta sakit tulang (osteomalacia).

vitamin D sangat penting dalam membantu penyerapan kalsium dan fosforus.

secara semulajadi, Vitamin D diperolehi daripada cahaya matahari.pendedahan kepada cahaya matahari (tanpa pelindung kulit) selama 10 hingga 15 minit sehari adalah mencukupi untuk menampung keperluan hariannya.
namun ramai di antara kita yang berada di kawasan teduh sepanjang hari menjadikan kita kekurangan vitamin D di dalam tubuh.

bagaimana mengetahui kita memiliki vitamin D yang mencukupi?
ia boleh diketahui dengan melakukan pemeriksaan darah.

LAIN-LAIN KEBAIKAN VITAMIN D

1.   mengawal selia sistem auto immune badan
2. membantu kesihatan kulit untuk penyakit-penyakit berkaitan sistem imun seperti psoriasis,scleroderma,lupus vulgaris dsb
3.   meningkatkan sistem imun badan
4.  mengurangkan keradangan sendi akibat penyakit rheumatoid arthritis,psoriatic arthritis dan yang berkaitan sistem imun.
5.   menjaga kesihatan jantung
6.   membantu mengawal penyakit kencing manis
7.   mengurangkan risiko kejadian pre eklampsia dan eklampsia semasa hamil
8.  perlu bagi pesakit Fanconi Syndrome (kekurangan fosfat) dan pesakit yang kekurangan hormon parathyroid.

SIAPA YANG MEMERLUKAN SUPLEMEN VITAMIN D

1.  ibu hamil
2.  kanak-kanak yang kurang terdedah kepada matahari
3.  dewasa yang kurang terdedah kepada cahaya matahari
4.  orang-orang tua
5.  vegetarian

secara umumnya tubuh badan orang dewasa memerlukan sekitar 600 hingga 800IU vitamin D sehari.
galakkan anak-anak untuk bermain di luar untuk mendapatkan vitamin D yang mencukupi.


ricket's disease


suplemen Shaklee yang mengandungi Vitamin D ialah
OSTEMATRIX
dan
VITALEA

label Ostematrix

label Vitalea





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

No comments: