Sunday, 26 October 2014

WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA

salam sejahtera....

semalam seharian tidak hujan...biasanya di sini pagi panas dan menjelang pukul 3 petang hujan turun membawa ke malam.cuma semalam agak berbeza.

hari ini hujan mula turun semula...agak lewat iaitu menjelang magrib...alhamdulillah...menyejukkan suasana yang agak berbahang.
panas atau hujan...dua-duanya mempunyai rahmat dari Allah swt.
namun digalakkan untuk kita berdoa di waktu hujan turun terutamanya sewaktu permulaan hujan tersebut.

WAKTU-WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA:

1. ketika sahur dan sepertiga terakhir malam
2. ketika berbuka puasa
3. ketika malam lailatul qadar
4. ketika azan berkumandang
5. di antara azan dan aqomah
6. ketika sujud di dalam solat
7. ketika sebelum salam dalam solat wajib
8. di hari Jumaat
9. ketika turunnya hujan
10. hari Rabu antara zohor dan asar
11. ketika hari Arofah
12. ketika perang berlaku
13. ketika minum air zam-zam

Semua yang kita miliki adalah milik Allah...sentiasa bersyukur padaNya walau apapun yang hadir kepada kita.pasti Dia lebih mengetahui atas semua yang berlaku.Namun Allah mahu kita berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik....Doa adalah satu daripada ikhtiar tersebut.
USAHA....DOA DAN TAWAKKAL....

moga apa yang kita perolehi dapat membantu kita untuk kehidupan yang lebih abadi di SANA nanti.

waktu yang baik untuk berdoa



No comments: