Saturday, 15 November 2014

ANAK TIDAK BOLEH MINUM UBAT BATUK...APA ALTERNATIF YANG ADA?

salam sejahtera...

pernah tak ibu-ibu semua rasa kehabisan idea untuk menghilangkan batuk anak kecil? anak-anak yang lebih besar tetapi sukar minum ubat juga menyesakkan perasaan ibubapa kan?

anak saya si kecik bambam nabila ni semasa kecilnya juga sangat susah minum ubat.hanya pada usia lebih kurang 5 tahun barulah menjadi mudah...apa puncanya saya sendiri tak pasti.tiba-tiba saja berubah sikap.bila dah besar ni alhamdulillah kurang terkena jangkitan penyakit...anugerah Allah untuknya.

berbalik zaman kecilnya....saya kehabisan akal untuk bagi dia minum ubat terutama sekali waktu malam.batuk biasanya lebih teruk di waktu malam kerana cuaca yang sejuk menyempitkan saluran pernafasan.

mujurlah semasa hayat ibubapa saya ada dahulu banyak juga petua yang mereka berikan dan lakukan untuk kami adik beradik. almaklum tinggal di pedalaman jauh dari kemudahan kesihatan maka petua-petua tradisi menjadi sandaran.
salah satunya adalah cara untuk meredakan batuk. boleh digunakan untuk kanak-kanak, bayi ataupun dewasa.

caranya
ambil bawang putih beberapa ulas.jangan dibuang kulitnya.cucuk pada garfu dan bakar sehingga kehitaman tapi jangan sampai hangus.
bawang akan jadi lembut.

letakkan bawang tersebut di dalam piring.campurkan sedikit minyak masak dan picit bawang sehingga hancur.

campuran bawang putih bakar dan minyak masak ini menghasilkan aroma yang sangat enak.
sapukan campuran ini di bahagian dada dan belakang anak.insyaAllah
anak akan dapat tidur dengan nyenyak.
bagi orang dewasa bolehlah dimakan terus bawang putih yang dibakar itu setelah dibuang kulitnya.

bawang putih mengandungi sifat anti bakteria dan antivirus yang baik yang membantu melawan jangkitan.ia juga adala antioksida yang membantu memulihkan kerosakan sel di dalam tubuh.





bolehlah digunakan cara ini sebagai alternatif kepada anak-anak terutamanya yang masih di bawah umur 2 tahun kerana ubat batuk tidak sesuai untuk mereka.


moga bermanfaat dan selamat mencuba.


No comments: