Tuesday 11 November 2014

BERCUTI DENGAN ANAK-ANAK....BAHAGIA ATAU SENGSARA?

salam sejahtera...

menghampiri penghujung tahun mesti ramai ibubapa yang berkira-kira dan mengatur jadual untuk bercuti bersama keluarga.
keluarga saya pun begitu juga...cuba menyelitkan waktu di dalam jadual suami yang tiba-tiba menjadi begitu padat tahun ni.kalau tahun sebelumnya hanya mengambil kisah tentang waktu saya, tahun ini berlainan pula kisahnya.apa pun...alhamdulillah Allah mendatangkan rezeki dengan cara kesibukan itu.
Alhamdulillah juga kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana walaupun sibuk ke sana sini, serangan gout tidak lagi membataskan pergerakannya.

hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang tips membawa anak bercuti.berkongsi perkara-perkara yang kami sekeluarga amalkan sejak mendirikan rumahtangga.semasa berumahtangga anak-anak yang berdua itu berusia 9 dan 10 tahun...(anak instantku).budak berdua ni memang sudah biasa berjalan ke sana sini bersama abah mereka...ibarat membesar dalam kereta.jadi tidak sukar untuk dibawa bercuti ke mana-mana.

cuti itu santai
BUDAK YANG SANGAT MENGHAYATI CUTINYA


TIPS MEMBAWA ANAK BERCUTI


1. Rancang cuti dengan teratur. 
pastikan tempat yang hendak dituju,berapa hari berada di sesuatu tempat dan tempat penginapan ditetapkan terlebih dahulu terutamanya jika membawa bayi.

2. Pastikan anak berada dalam keadaan yang sihat sebelum dibawa bercuti.
Anak yang tidak sihat tidak akan menikmati percutian tersebut dan ibubapa juga akan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa dalam melayani kerenah mereka.jangan sangsi untuk membatalkan percutian.bercuti adalah untuk berehat maka pastikan semua yang akan ikut serta berada dalam keadaan yang sihat.

3. Pengisian percutian
pastikan juga apakah tujuan membawa anak bercuti...adakah semata-mata bercuti dan berehat/bersantai atau ibubapa juga ingin membeli belah.begitu juga jika bercuti sambil melakukan aktivit amal.aktiviti lain yang turut dilakukan akan mempengaruhi susun atur percutian tersebut.misalnya jika ingin membeli belah maka sewajarnya menyediakan ruang di dalam kenderaan untuk mengisi lebihan bagasi.

4. Bawa pakaian bersesuaian dan boleh 'mix and match'
di sinilah pentingnya perancangan awal.pakaian yang dibawa perlu disesuaikan dengan bilangan hari bercuti dan lokasi bercuti.jika tempat penginapan mempunyai kolam mandi maka pakaian mandi anak-anak adalah wajib.
pakaian yang boleh 'mix and match' akan mengurangkan bagasi.didik anak-anak untuk mengemaskan sendiri pakaian mereka agar kita tidak terbeban.saya mengajar anak-anak ketika mereka berusia sekitar 10 dan 11 tahun.
caranya:
beritahu mereka lokasi bercuti...berapa hari bercuti dan samada ada kolam mandi ataupun tidak (bab ni selalu anak-anak tanya dulu).bawa jeans dan seluar berwarna gelap supaya boleh digunakan dengan apa sahaja warna baju.jangan lupa baju tidur.
jika bercadang untuk membeli belah bolehlah dikurangkan jumlah baju yang dibawa.
untuk anak yang kecil biasanya saya lebihkan sekitar 2 atau 3 pasang sebab adakalanya tertumpah makanan pada baju atau baju basah di pertengahan jalan.

anak yang masih menggunakan lampin pakai buang, sila bawa dalam jumlah yang mencukupi malah dilebihkan sedikit untuk kecemasan.


5. Bekalan ubat yang penting
jika anak mempunyai penyakit tertentu seperti asthma pastikan ubat dibawa bersama untuk kegunaan ketika kecemasan.
alhamdulillah anak-anak saya tidak mempunyai penyakit kronik tetapi setiap kali bercuti saya membawa bekalan ubat yang penting seperti ubat demam,muntah,sakit perut dan ORS untuk cirit birit.untuk cirit birit juga biasanya saya membawa probiotik kerana ia lebih berkesan dan cepat bertindak.adalah sangat melecehkan jika perlu mencari klinik atau farmasi hanya untuk mencari ubat demam tambahan pula jika ia berlaku pada waktu malam.sekalipun anak kita sentiasa sihat,perlu diingat bahawa keletihan dan perubahan cuaca memudahkan mereka untuk diserang virus yang boleh meningkatkan suhu badan.
kepada yang mengamalkan suplemen, jangan lupa untuk dibawa bersama.saya juga membawa suplemen Shaklee jika keluar melebihi dua hari.

6. jika anak masih menyusu botol 
maka sediakan bekas yang lebih kecil untuk mengisi susu dan air sebagai persediaan untuk dibancuh di dalam perjalanan (dalam kereta, kapal terbang atau pengangkutan lain).jika semuanya diletakkan bersama bagasi lain ia agak sukar untuk dicapai dan anak mungkin menangis inginkan susu di pertengahan jalan.
(amalkan menyusu badan kerana ia jauh lebih menyenangkan)




selamat merancang untuk bercuti bersama keluarga...moga percutian kita adalah yang benar-benar memenuhi kriteria yang kita telah tetapkan....
happy holiday...



NOTES:
saya pernah bawa anak berjalan jauh ketika dia demam dan selsema atas urusan kerja suami yang tidak dapat ditangguhkan....serik.
sangat tidak selesa untuk dia dan juga kami sekeluarga.


ps:...macam dah banyak bulan tak bercuti ni...bulan 12 harapnya berpeluang menyelit di celah kepadatan tugas suami.





No comments: