salam sejahtera...
telah berdiet...
telah senaman...
telah ambil suplemen...
berat badan pun dah berkurangan.
bagaimana nak tahu berat badan mencapai berat ideal?
cara yang paling kerap digunakan untuk mengukur atau mengetahui sama ada kita mempunyai berat badan yang ideal adalah dengan mengira Body Mass Index/ Indeks Jisim Badan (BMI).
BAGAIMANA MENGIRA BMI?
BMI adalah satu angka yang dikira dengan menggunakan berat badan dan ketinggian.
Formula:
berat dalam kg dibahagikan dengan tinggi kali tinggi dalam meter
berat (kg) / tinggi x tinggi (m)
contoh:
berat 55 kg
tinggi 152 cm
BMI = 55/1.52x1.52 = 55/2.31 = 23.8
maka individu ini mempunyai berat badan yang ideal mengikut panduan seperti jadual di bawah.
pengiraan BMI adalah berkait rapat dengan jumlah lemak dalam badan.Namun begitu faktor-faktor berikut mempengaruhi intepretasi BMI :
1. jantina
2. umur
3. aktiviti fizikal
didapati bahawa
1. pada BMI yang sama, wanita mempunyai lebih lemak berbanding lelaki
2. pada BMI yang sama, orang yang lebih berusia memiliki lebih lemak berbanding golongan lebih muda
3. atlit walaupun kelihatan kurus,mempunyai BMI yang lebih tinggi kerana mempunyai lebih otot berbanding lemak (otot lebih berat daripada lemak)
pastikan berat badan berada dalam lingkungan berat ideal untuk kesihatan berpanjangan.
PERUT BUNCIT LEBIH BERISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT
BERKAITAN OBESITI
***APAKAH WAIST HIP RATIO YANG IDEAL?
***BAGAIMANA MENGIRA WAIST HIP RATIO?
dalam entry selepas ini.
BY:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah
1 comment:
Seseorang mungkin mempunyai BMI yang tinggi, namun untuk menentukan sama ada berat badan berlebihan ini adalah risiko kesihatan, boleh pergi jumpa doktor untuk maklumat selanjut.
Post a Comment