Thursday, 20 November 2014

MULUT SUAMI BERBAU.....ISTERI MULA MENJAUH

salam sejahtera.

***
jika suatu hari anak anda yang masih di bawah umur mula merokok, bagaimana anda hendak menegurnya?
kerana dia berkemungkinan besar akan menjawab teguran anda dengan ayat "AYAH PUN HISAP ROKOK"...

mulakan usaha ke arah bebas rokok dari sekarang.





masa belajar...bila merokok dengan kawan-kawan dirasakan diri hebat sekali...
bila dah bekerja...rokok menjadi penghilang stress
dah kahwin....isteri mula merungut tak tahan bau asap dan harga rokok makin meningkat
bila ada anak....anak mudah kena selsema dan batuk...adakala meleret sehingga lelah.anak pun tak rapat dengan ayah sebab bau asap rokok...

ayah mula terfikir untuk berhenti merokok....
sudah lama nak berhenti tapi tak bersungguh-sungguh...
demi ahli keluarga...kini ayah bertekad untuk berhenti merokok.

sukarkah untuk berhenti merokok?
semuanya bergantung kepada individu itu sendiri.
"hendak seribu daya..."

di bawah ini antara tips untuk berhenti merokok yang mudah dan berkesan untuk dipraktikkan.



TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK

1. hebahkan
apabila membuat keputusan untuk berhenti merokok sebaiknya hebahkan kepada orang-orang yang hampir dengan kita, contohnya ahli keluarga atau teman rapat.apabila dihebahkan, kita akan menjadi lebih tekad untuk melakukan sesuatu kerana ia seolah-olah satu perjanjian.

2. tetapkan masa
tetapkan dengan jelas masa yang akan diambil untuk bebas sepenuhnya dari merokok misalnya dua minggu.jangan amalkan "aku akan brhenti merokok tahun ini"....tiada jangka waktu yang tetap akan membuatkan kita menangguhkan tindakan.

3. kenalpasti punca
cuba untuk mengenal pasti punca atau pencetus kepada keinginan untuk merokok contohnya merokok apabila duduk bersama kalangan yang merokok, stress, tidur lewat dan sebagainya.
apabila telah dikenal pasti, cuba elakkan untuk berada di dalam situasi tersebut.
elakkan berkumpul bersama kawan-kawan yang merokok,cuba atur jadual harian supaya tidak berhadapan dengan stress/tekanan dan tidur lebih awal.

4. ubah tabiat
jika anda menjadikan merokok sebagai tabiat selepas makan, ubahlah tabiat tersebut dengan aktiviti lebih berfaedah seperti meluangkan masa bersama anak-anak atau gantikan merokok dengan mengambil gula-gula.

5. zon larangan merokok
jadikan kawasan rumah sebagai zon larangan merokok.begitu juga di dalam kereta. disiplinkan diri untuk mematuhi larangan yang kita tetapkan sendiri itu.
jika berada di luar,luangkan lebih banyak masa di kawasan yang tidak dibenarkan merokok.bila keluar minum bersama kawan-kawan, pilih kedai yang mempunyai kawasan tidak merokok dan gunalah kawasan tersebut untuk berbual.

6. elakkan "satu batang rokok sahaja"
elakkan daripada terjebak dengan situasi ini.hanya dengan satu batang rokok ini akan menggagalkan anda dari mencapai matlamat berhenti merokok.

7. hadiah
apabila mencapai sesuatu tahap misalnya tidak merokok untuk seminggu, hadiahkan diri sendiri dengan apa sahaja yag dirasakan sesuai misalnya bercuti ke tempat tertentu atau membeli barang yang dihajati.ia menjadi lebih mudah jika bentuk hadiah ini telah ditetapkan di peringkat permulaan iaitu semasa membuat keputusan untuk berhenti merokok.

8. sabar, yakin dan positif
memang tidak mudah untuk menghilangkan tabiat atau ketagihan ini.sabar dengan kesan sampingan yang dialami seperti pening,resah, batuk dan sebagainya kerana ia bersifat sementara.bersabar juga menghadapi gangguan orang keliling yang berusaha untuk menggagalkan misi kita.jadikan gangguan itu sebagai cabaran.
tanamkan sifat positif dalam diri kita "orang itu boleh berhenti..aku juga boleh"...
sematkan di dalam fikiran bahawa merokok itu tidak mendatangkan apa-apa faedah untuk kesihatan kita malah memudaratkan lagi.bukan sahaja diri sendiri tetapi kesihatan orang-orang yang hampir dengan kita terutamanya anak-anak kecil juga terganggu.




yang paling utama adalah NIAT....
apabila kita meletakkan niat untuk melakukan sesuatu demi kebaikan semua orang maka sedaya upaya kita berusaha untuk melakukannya.
jangan lupa sentiasa berdoa memohon kekuatan daripadaNya.



saya melihat ramai perokok tegar yang berjaya berhenti merokok tanpa menggunakan sebarang terapi atau alat gantian rokok.mereka bermula dengan satu punca/push factor kemudian berusaha menjayakan niat mereka itu dan kekal tidak merokok.


SELAMAT BERUSAHA

UDARA BERSIH TANPA PENCEMARAN ASAP ROKOK





No comments: