Thursday, 6 November 2014

MUNGKINKAH ANAK SAYA MENGALAMI GASTRITIS?

salam sejahtera...

ramai antara kita yang mengalami sebu perut atau kembung perut apabila tersilap makan ataupun terlalu lama membiarkan perut kosong.istilah yang biasa digunakan ialah 'perut masuk angin'. ia menjadikan kita berasa tidak selesa dan seolah-olah bernafas pendek.

bagaimanapun dalam situasi lebih teruk,seseorang itu boleh mengalami rasa pedih di bahagian atas abdomen.inilah yang kerap disebut sebagai gastrik. sebenarnya gastrik (gastric) adalah merujuk kepada anggota tubuh iaitu bahagian perut.keradangan selaput atau iritasi oleh asid terhadap lapisan dalam perut yang menyebabkan rasa sakit disebut "gastritis".

secara umumnya gastritis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, dewasa atau kanak-kanak namun lebih cenderung kepada golongan dewasa.

bagaimanapun dengan perubahan cara hidup dan amalan pemakan yang tidak teratur serta tekanan semasa belajar,sekarang ini kita kerap juga melihat golongan kanak-kanak mengalami masalah gastritis ini.




TANDA-TANDA GASTRITIS DI KALANGAN KANAK-KANAK


antara tanda-tanda yang dialami termasuklah:
1. sakit atau pedih di kawasan ulu hati (bahagian atas abdomen).Ia boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas makan
2. kembung/sebu
3. muntah
4. cirit-birit
5. hilang selera makan
6. pucat/anaemia
7. hilang berat badan
8. tidak aktif dan hilang tumpuan untuk belajar

antara tanda-tanda yang perlu diberi perhatian serius adalah:
1. terdapat darah di dalam muntah
2. najis berwarna hitam pekat

kedua-dua tanda di atas menunjukkan berlaku luka/ulcer dan pendarahan di dalam perut.jika pendarahan adalah kecil, muntah akan berwarna hitam seperti kopi pekat manakala darah merah akan keluar jika pendarahan berlaku dalam jumlah yang banyak.




PUNCA GASTRITIS DI KALANGAN KANAK-KANAK


*pengambilan makanan yang tidak teratur ataupun mengambil makanan yang tidak sesuai contohnya bahan makanan yang mengandungi terlalu banyak perisa atau yang mengandungi gluten.

*penggunaan ubat tahan sakit yang berlebihan

*jangkitan bakteria H Pylori

*kesan rawatan lain contohnya kimoterapi atau radioterapi



RAWATAN AWAL DI RUMAH

untuk gejala yang ringan,ibubapa boleh memberikan rawatan awal di rumah seperti:
1. menggalakkkan anak-anak untuk makan secara kerap namun dalam jumlah yang kecil (small frequent meal).ini memudahkan penghadaman.

2. elakkan makanan berlemak

3. elakkan minuman bikarbonat (manis dan bergas)

4. tingkatkan pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi

5. minum teh halia yang boleh membuatkan perut lebih selesa

6. capuran sedikit soda bikarbonat bersama madu (dibancuh) boleh mengurangkan asid di dalam perut.

7. elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan perut seperti yang mengandungi gluten,makanan berasaskan tenusu dan gandum. 




**gastritis yang berpunca daripada jangkitan bakteria H Pylory perlu dirawat menggunakan antibiotik.

**jika anak anda mengalami masalah gastritis dalam jangkawaktu melebihi seminggu secara berterusan sila dapatkan rawatan dan nasihat perubatan.







2 comments:

fisha hasan said...

janganla tinggal sarapan.. sekali kena gastrik susah la..
BERBALOI KE BELI OMEGA GUARD DARI SHAKLEE??

ieda abdullah said...

betoi tuu....sarapan itu penting.