Thursday 6 November 2014

GLUTEN PUNCA SAKIT PERUT

salam sejahtera

GLUTEN

apa itu Gluten?

Gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan bijirin seperti gandum,rye,oat dan barli.
Ia juga boleh didapati sebagai bahan penambah dalam makanan proses yang berfungsi untuk menambah perisa, memejalkan dan menstabilkan struktur makanan.kadang kala ia dilabelkan sebagai 'dextrin'.



KENAPA TIDAK BOLEH MENGAMBIL GLUTEN?


Bagi pengidap penyakit Coelic disease,Gluten boleh menyebabkan tindakbalas imun di dalam usus.sel-sel sistem imun di dalam saluran usus menganggap gluten sebagai benda asing lalu menyebabkan berlaku tindakbalas.ia bukan sahaja menyerang gluten tetapi juga enzim di dalam sel dinding usus sendiri.kerosakan kepada sel dinding usus berlaku dan kerana itu ia disebut sebagai penyakit auto imun.
pesakit akan mengalami sakit perut,muntah,cirit birit,kembung,lesu dan sakit-sakit badan.

Orang yang sensitif kepada gluten (bukan pesakit coeliac disease) juga boleh mengalami tanda-tanda yang serupa.

Gangguan usus yang lain akibat daripada pengambilan gluten termasuklah:
1. keradangan usus
2. sel-sel dinding usus rosak dan semakin menyusut
3. dinding usus menjadi poros dan mudah menyebabkan penyerapan semula bahan-bahan yang tidak dikehendaki kembali ke dalam sistem aliran darah (lebih kerap berlaku dalam pesakit coeliac disease).


Otak dan sistem saraf juga boleh mengalami masalah akibat daripada mengambil makanan yang mengandungi Gluten.
Antara yang dikenalpasti adalah:
gangguan kebolehan untuk mengkoordinasikan keseimbangan badan,pergerakan dan pertuturan (cerebellar ataxia).Ia disebabkan oleh kerosakan yang berlaku di bahagian otak yang di panggil serebelum (bahagian yang mengawal keseimbangan badan).


Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan makanan tanpa gluten dapat mengurangkan simptom pada pengidap Schizophrenia, Autisma dan Epilepsi.


Gluten juga dikaitkan dengan penyakit-penyakit autoimun yang lain seperti Hashimoto's Thyroiditis, kencing manis (Type 1 DM), Multiple Sclerosis dan lain-lain.


Bukan semua orang mengalami alahan atau sentitif kepada gluten.setiap daripada kita adalah berbeza.

jika merasakan bahawa kita alah kepada gluten,berhentikan pengambilan bahan tersebut selama beberapa minggu.kemudian cuba ambil semula.jika berlaku kesan yang sama seperti sebelumnya maka kita termasuk dalam golongan orang yang mengalami alahan atau sensitif dan wajar untuk berhentikan pengambilannya secara total.


ADAKAH SUPLEMEN SHAKLEE MENGANDUNGI GLUTEN?


tidak...
suplemen Shaklee tidak mengandungi Gluten.
oleh itu kita tidak perlu risau akan sebarang tindakbalas apabila mengambil suplemen Shaklee walau dalam jangka masa yang panjang.



KLIK PADA GAMBAR DI ATAS 
UNTUK MEMBUAT SENDIRI BELIAN PRODUK SHAKLEE

KHIDMAT KONSULTASI TETAP AKAN DIBERIKAN SECARA PERSONAL JIKA ANDA MEMBELI SECARA TERUS DI SINI.


JIKA INGINKAN HARGA YANG LEBIH JIMAT
JANGAN RAGU DAN SEGAN UNTUK 


JUGA...
PELUANG UNTUK MENJADI 
AHLI SECARA PERCUMA 
DENGAN 
BULAN INI.
JANGAN LEPASKAN PELUANG

GET IN TOUCH......   




 UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments: