salam sejahtera....
kencing manis (diabetes mellitus)
penyakit yang sering kita temui dalam masyarakat dan berlaku tanpa mengira usia.
bagaimana mengetahui kita mengidap kencing manis?
apakah tanda-tanda yang perlu diberi perhatian?
antara tanda yang paling kerap dialami adalah seperti berikut:
1. cepat letih/lesu
badan menjadi cepat letih dan lesu berbanding sebelumnya.ada juga yang berasa panas badan seperti demam namun bila diperiksa suhu badan tidak meningkat.
2. kerap kencing
membuang air kecil dengan kerap tanpa mengalami kesakitan.kebanyakannya menyedari ia satu masalah apabila terpaksa berulang kali bangun pada waktu malam untuk ke tandas.
3. kencing dengan banyak
walaupun kerap membuang air kecil, setiap kali ke tandas jumlah air kencing sentiasa banyak.
4. dahaga keterlaluan
apabila kerap membuang air kecil, kita akan terus merasa dahaga namun apa yang diminum akan dikeluarkan semula menjadikan ia seolah-olah satu cycle/pusingan yang tidak berkesudahan.
5. jangkitan dan kegatalan kulit
kerap mengalami jangkitan kulit yang ringan.begitu juga dengan jangkitan kulat sama ada pada kulit atau pada saluran peranakan yang menyebabkan keputihan yang teruk dan berasa gatal.
6. pandangan menjadi kabur
secara perlahan-lahan pandangan mata menjadi lebih kabur.
7. berat menurun secara mendadak
bukanlah sesuatu yang menggembirakan bila berat badan turun secara mendadak tanpa sebarang aktiviti fizikal/senaman serta diet khas.tambahan pula bila disertai tanda-tanda lain seperti di atas.
8. sentiasa lapar
sentiasa berasa lapar tanpa mengira waktu.mengambil makanan secara berlebihan akan menambahkan lagi keterukan penyakit kencing manis jika tidak mendapatkan pemeriksaan segera.
9. hujung kaki terasa kebas dan seperti dicucuk benda tajam.
ini biasanya berlaku bila gula berada di paras yang tinggi dalam tempoh yang lama.
apabila mengalami tanda-tanda seperti di atas kita hendaklah segera memriksa kandungan gula di dalam darah agar dapat menurunkannya dengan kadar segera.lebih lama kandungan gula tinggi,lebih banyak kerosakan yang berlaku pada saluran darah dan sel-sel organ utama badan kita.
tidak perlu menunggu hingga semua tanda tersebut berlaku.setiap dari kita adalah unik.maka andai mengalami hanya satu tanda pun adalah wajar untuk mendapatkan pemeriksaan.
paras gula yang baik adalah sekitar 4 hingga 6 mmol/l.
antara 7- 10 mmol/l adalah di paras berjaga-jaga.
melebihi 10 mmol/l....rawatan adalah diperlukan.
paras gula yang tinggi perlu diturunkan dengan cepat untuk mengelakkan kerosakan organ kita maka andai ingin mengambil suplemen atau rawatan alternatif, di peringkat awal hendaklah meneruskan dahulu dengan rawatan ubatan.
apabila gula berada pada paras normal dan dalam keadaan stabil, berbincanglah dengan doktor untuk proses rawatan seterusnya.
yang paling penting adalah sentiasa memeriksa paras gula secara berkala kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa.
BERSAMA MENJAGA KESIHATAN
KE ARAH HIDUP BEBAS TANPA UBAT
No comments:
Post a Comment