Wednesday, 5 November 2014

RESVERATROL BAHAYA UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU BADAN

salam sejahtera semua...

lanjutan daripada entry sebelum ini tentang makanan yang perlu dielakkan jika ingin hamil.

Resveratrol...


antioksida dari kumpulan polyphenol yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan.
boleh didapati dengan banyak di bahagian kulit anggur.sumber lain termasuklah blueberi,kekacang dan 'dark chocolate'.

anggur

Resveratrol semakin popular kerana didapati dapat membantu memulihkan sel-sel yang rosak dengan berkesan sekali.
Antaranya,ia membantu memulihkan penyakit kanser,alzheimer dan juga memelihara sel agar sentiasa muda (anti penuaan).

bagi kehamilan dan penyusuan bayi, resveratrol tidak boleh diambil.

KENAPA RESVERATROL TIDAK SESUAI UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU?


kajian mendapati bahawa apabila ia digunakan semasa hamil, resveratrol memberi kebaikan dari segi memperbaiki aliran darah kepada fetus.dengan itu ia mengelakkan pelbagai masalah dalam pertumbuhan fetus tersebut.
walau bagaimanapun, resveratrol didapati mengganggu pertumbuhan sel-sel pancreas fetus/janin.Pancreas adalah organ yang penting dalam menyelia paras gula di dalam darah.kerosakan pada sel pancreas akan meningkatkan risiko seseorang itu mengalami kencing manis (Diabetis Mellitus).


perkembangan janin


kesan kerosakan sel pancreas ini tidak dapat dilihat sebaik bayi dilahirkan.ia hanya akan timbul di kemudian hari (namun tiada dinyatakan secara jelas pada usia berapakah ia akan berlaku).
(kajian lanjut masih diperlukan untuk melihat kesan jangka panjang terhadap bayi yang terlibat.)



maka, untuk ibu hamil dan yang menyusu bayi, elakkan mengambil suplemen yang mengandungi resveratrol (contohnya VIVIX Shaklee).amalkan ia setelah habis fasa menyusu badan untuk mendapatkan manfaat kesihatan terbaik untuk diri sendiri.

juga elakkan makanan yang mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi seperti anggur dan produk yang diperbuat daripadanya.


bayi yang sihat adalah
impian dan harapan setiap ibubapa










2 comments:

Unknown said...

owhh.. itu ke sebabnya kenapa vivix tak boleh diambul oleh org mngandung.. baru tau..
CARA HILANGKAN BINTIK HITAM DI WAJAH

Mama iskh vitamin terbaik said...

Vivix memang terbaik yang penuh dengan khasiat