Friday 14 November 2014

SUPLEMEN TIDAK BERKESAN....DI MANA SILAPNYA?

salam sejahtera....

kenapa ada orang yang makan suplemen tapi tak dapat apa yang dihajatinya?
contoh:
1. makan suplemen untuk kurus tapi badan tak kurus pun malah ada yang makin naik
2. makan suplemen untuk cantikkan kulit tapi jerawat makin bayak dan parut pun tak hilang.
3. makan suplemen untuk banyakkan susu badan tapi hampa...susu makin menyusut mengalahkan orang yang tak ambil suplemen


bila dapat kesan yang terbalik macam ni, maka timbul rasa tak puas hati.suplemen tipu...suplemen tak berkesan atau tukang jual menipu.

lihat pula situasi ni...
usia makcik A dan B lebih kurang saja...

1. makcik A dapat kencing manis...ambil rawatan dari klinik...selepas ulang alik selama 6 bulan kencing manisnya terkawal dengan cantik sekali...semua bacaan bawah 10.

2. makcik B juga dapat kencing manis...ambil ubat yang sama dari doktor yang sama...selepas 6 bulan bacaan kencing manisnya masih tidak stabil...sekejap 8 sekejap pula 15....ringkasnya naik turun.


kenapa berlaku macam ni?
hakikatnya, badan setiap dari kita adalah unik dan berbeza.cara hidup berbeza,amalan pemakanan berbeza,aktiviti harian juga berbeza.
makcik B boleh saja bawa cerita yang doktor tersebut tak pandai rawat kencing manis...ubatnya tak bagus.
tapi makcik A akan bawa cerita berbeza.

hakikatnya...
makcik A dah berhenti ambil gula putih...gantikan dengan madu.
dah berhenti makan nasi malam-malam.makan siang pun gunakan beras perang.lebih banyak ambil sayur-sayuran dan mula berkebun untuk keluarkan peluh.

makcik B masih makan nasi guna beras yang biasa.malam tak makan nasi tapi makan mee goreng atau bihun.
tak minum air bergula tapi kadang kala ambil kordial.
kurang beraktiviti kerana tinggal di perumahan yang tak ada tanah untuk berkebun dan tak ada sesiapa nak bawa untuk bersenam di taman permainan.



maka....jangan mengharapkan kesan yang serupa jika amalan hidup kita tidak berubah sejajar dengan matlamat yang dikehendaki.

begitu juga halnya dengan pengambilan suplemen.bergantung sepenuhnya kepada suplemen mengharapkan keajaiban berlaku adalah satu angan-angan kosong.ambillah apa juga jenis suplemen,selagi kita makan makanan lain tanpa kawalan pasti tiada kesan positif yang diperolehi.begitu juga dengan menyusu badan.makan sebanyak mana suplemen pun tetapi jika tidak disertai dengan amalan penyusuan yang kerap serta rutin mengepam susu maka bekalan akan berkurangan.suplemen hanya membantu tetapi yang lebih penting adalah hormon yang dirembeskan semasa aktiviti menyusu itu yang menggalakkan pengeluarannya.



ubah cara hidup...ubah amalan pemakanan dan aktiviti harian mengikut saranan yang diberikan.
tidak perlu kecewa...
suplemen hanya membantu.

tak kisahlah suplemen apa pun yang digunakan termasuklah suplemen Shaklee.perlu ada disiplin untuk berjaya mencapai matlamat.

lihat contoh testimoni ini....

mesti ada disiplin..








UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

No comments: