Friday 14 November 2014

APABILA RUMAH MENJADI PERANGKAP MAUT

salam sejahtera...

anak-anak permata jiwa....
keceriaan anak-anak adalah keindahan hidup ibubapa.antara yang paling utama dalam kita membesarkan anak-anak adalah tentang keselamatan mereka.
sedarkah kita walaupun berada di dalam rumah,anak-anak sentiasa terdedah kepada bahaya yang boleh mengancam nyawa mereka?
sering kita dengar anak-anak mengalami kecederaan dan maut hanya akibat kemalangan di dalam rumah.

TIPS MENANGANI BAHAYA YANG ADA DI DALAM RUMAH 


1. di dalam bilik tidur

katil di bilik tidur yang tinggi adalah merbahaya untuk bayi.apabila terjatuh ia boleh menyebabkan gegaran dan kecederaan dalaman yang berpotensi membawa maut.meninggalkan bayi yang sedang lena di atas katil tanpa berhadang adalah sangat merbahaya.walaupun hanya sebentar,potensi bayi untuk terjaga dan bergerak ke tepi katil adalah tinggi.
gunakan katil yang rendah atau tidur hanya beralaskan tilam jika mempunyai bayi.
anak yang tidur sendiri boleh diberikan katil yang mempunyai penghadang.




2. bilik mandi

jangan tinggalkan baldi di dalam bilik mandi terutamanya yang berisi air.terbalikkan baldi sebelum meninggalkan bilik mandi.kejadian kanak-kanak lemas di dalam baldi di bilik air agak kerap berlaku.


kolah mandi yang besar juga mengundang bahaya kerana kanak-kanak gemar masuk ke dalamnya untuk bermain.
pernah berlaku seorang kanak-kanak terjun ke dalam kolah yang cetek airnya dan cedera di kepala.kanak-kanak tidak dapat mengagak kedalaman air kerana biasan cahaya.


pastikan pintu bilik air sentiasa berkunci apabila tidak menggunakannya.bagi kanak-kanak yang lebih besar,ajar mereka cara mengunci dan membuka kunci terutama dari dalam bagi mengelakkan mereka terkunci.


3. tangga

satu lagi tempat kegemaran kanak-kanak/bayi terutamanya yang baru pandai merangkak dan berjalan.
pastikan kita meletakkan pagar penghadang di tingkat atas dan di bahagian bawah untuk mengelakkan anak bermain di situ.


boleh juga meletakkan pagar penghadang di antara ruang dapur dengan ruang berdekatan kerana dapur adalah kawasan yang merbahaya untuk kanak-kanak.


4. ruang dapur

pastikan semua peralatan elektrik yang mempunyai wayar tidak berada di bahagian tepi kaunter.wayar yang berjurai menarik minat anak-anak untuk menariknya ke bawah.
jika cerek mengandungi air panas terjatuh ke atas anak,pastinya kecederaan yang dialami adalah parah dan meninggalkan parut yang kekal.


5. meja makan

pastikan tidak menggunakan alas meja kerana anak-anak sangat suka menarik alas meja.ini akan menyebabkan barang-barang yang berada di atasnya jatuh menimpa mereka.bayangkan yag terjatuh itu adalah kuah atau air panas....


6.  ruang tamu

letakkan televisyen di rak yang selamat.ada beberapa kes yang dilaporkan di dalam akhbar, kanak-kanak maut dihempap televisyen.
lumrah kanak-kanak yang suka memanjat.maka televisyen dijadikan tempat untuk berpaut.
kebanyakan kita sekarang menggunakan televisyen flat screen maka letakkanlah pada dinding demi keselamatan anak.biarlah kedudukannya berada agak tinggi.

kedudukan soket.
pastikan soket dinding terletak di tempat tinggi yang tidak boleh dicapai anak.jika sedia berada dibawah,bolehlah beli penutup soket ataupun ubah ke kedudukan yang lebih tinggi.kedudukan yang rendah membolehkan anak menggunakan benda-benda kecil untuk menyucuk ke dalam soket.jika yang digunakan adalah pengalir elektrik,anak boleh mendapat renjatan dan membawa maut.







secara praktikalnya....duduk di lantai dan lihat sekeliling untuk mecari unsur-unsur yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak.


anak yang aktif dan ceria menjadikan ibubapa turut aktif berfikir demi keselamatan mereka.




No comments: