salam sejahtera...
sembang-sembang di penghujung minggu..
wajarkah anak-anak remaja bekerja di musim cuti sekolah?
ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju dengan penglibatan anak-anak di usia persekolahan ke dalam dunia pekerjaan.mungkin beranggapan anak-anak ini sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan menjadi tanggungjawab bapa untuk menyara keluarga.
ada benarnya.
namun dalam perkembangan sosial dunia remaja sekarang, saya memang tiada halangan bila anak ingin bekerja sementara @ part time.ia lebih baik daripada membiarkan mereka berkumpul dan berpeleseran tanpa arah tujuan.
pandangan saya, antara kebaikan yang diperolehi anak-anak ini bila bekerja adalah:
1. pengisian masa yang lebih baik
bekerja akan membuatkan masa luang mereka menjadi terhad.maka kuranglah ruang dan peluang untuk mereka membuang masa tanpa sebarang faedah.
2. pengalaman mengendalikan masa
bila bekerja mereka perlu bijak mengatur masa antara kewajipan dengan majikan dan masa senggang bersama sahabat.mereka juga mula membentuk disiplin diri dalam menghargai waktu.
3. belajar mengendalikan wang
apabila bekerja anak-anak akan lebih menghargai wang hasil usaha mereka sendiri berbanding wang saku yang diberikan ibubapa.mereka lebih berfikir tentang cara menggunakan wang tersebut dengan berhemah tanpa pembaziran.
4. mengelak dari terjebak dalam gejala tidak sihat
dengan menumpukan masa kepada pekerjaan, anak-anak kurang terdedah dengan gejala sosial yang tidak sihat.walau bagaimanapun pemantauan ibubapa sangat penting kerana di saat bekerja mereka juga bebas untuk bertemu bermacam jenis manusia.
ambil tahu waktu anak-anak mula dan habis bekerja setiap hari.pastikan mereka keluar dan pulang bersesuaian dengan masa bekerja.sentiasa pantau tempat kerja mereka dan pastikan ibubapa mengetahui seandainya anak-anak bertukar tempat kerja.adalah lebih baik jika ibubapa mengenali majikan anak-anak untuk tujuan ini.
5. menimba pengalaman
jika kita lihat dalam sektor pekerjaan,rata-rata majikan mencari calon pekerja yang berpengalaman.maka sebaiknya anak-anak remaja menggunakan waktu cuti sekolah atau waktu menunggu keputusan peperiksaan SPM untuk menimba pengalaman dunia pekerjaan. kebolehan berinteraksi dengan orang lain/pelanggan hanya boleh diperolehi melalui pengalaman kerja.ia tidak dapat diajar dalam silibus sekolah.maka biarlah anak-anak ini mendapat ilmu baru mereka secara tidak formal.
bukan sahaja berinteraksi dengan pelanggan tetapi juga interaksi sesama pekerja dan majikan.
6. menerapkan sifat amanah
bila anak-anak bekerja,sedikit sebanyak mereka terdedah dengan kewangan majikan.apabila diterapkan dengan nilai dan sikap menjaga perniagaan majikan maka mereka secara tidak langsung terdidik dengan sikap amanah.menjaga kewangan dan harta benda majikan dan memastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal.
7. membina keyakinan diri
hari pertama bekerja....apa perasaan kita?pastinya gugup terutama jika perlu berdepan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah.namun lama kelamaan perasaan gugp hilang dan kita menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan pelanggan.inilah juga yang terbentuk dalam diri anak-anak bila mereka mula bekerja.tidak salah jika mereka bermula lebih awal.
saya tidak mahu melihat kepada keburukan anak-anak remaja ini bekerja kerana jika kita melihat kepada perkara negatif maka yang negatif juga yang akan kita perolehi.
bujang taruna kami baru menghabiskan SPMnya minggu ini dan mula bekerja sebagai pembantu di kedai makan sementara menantikan peluang yang lebih baik.malah sewaktu cuti hujung tahun di tingkatan 4 juga dia telah bekerja.saya melihat dia bertanggungjawab dalam kerjanya.di rumah memang banyak yang dilepaskan kepada kita namun bila bekerja dia keluar dan pulang mengikut masanya.tidak ponteng walaupun kerjanya agak memenatkan.yang paling penting pada saya,
dia tidak kebosanan di rumah dan tidak berpeleseran tanpa tujuan.
sebagai ibubapa kita pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak dalam semua aspek kehidupan.zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan selepas alam persekolahan adalah cabaran untuk kita.moga anak-anak kita semua berjaya dunia dan akhirat.
dia tidak kebosanan di rumah dan tidak berpeleseran tanpa tujuan.
sebagai ibubapa kita pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak dalam semua aspek kehidupan.zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan selepas alam persekolahan adalah cabaran untuk kita.moga anak-anak kita semua berjaya dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment