Friday 7 November 2014

WUJUDKAH NASI LEMAK TANPA KOLESTEROL?

salam sejahtera....

masa lunch break semalam temankan encik suami pergi beli ikan bilis di lokasi terbaik ikan kering kat Kedah ni...mana lagi kalau bukan Tanjung Dawai.bilis tu dipesan oleh kawannya dari Kuala Lumpur.nak yang paling baik...maka kami belilah yang paling best kat situ...RM42/kg.ikan yang agak nipis,kecil dan siap dibersihkan.
yang kecil ni paling best sebab garing bila digoreng.



tengok ja ikan bilis terus teringat nasi lemak.esok cuti....nak buat nasi lemak?...taklah...dah buat Sabtu lepas.takkan nak makan nasi lemak tiap-tiap minggu.bertempek-tempek kolesterol dalam badan nanti.

mana datangnya kolesterol dari hidangan nasi lemak?
tentunya dari bahan utama iaitu santan.santan mengandungi lemak tepu yang tinggi.tapi kalau buat nasi lemak tak guna santan (macam yang ramai orang jual kat tepi jalan tu) memang hilang nikmat nasi tu.

bilis juga mengandungi kolesterol tetapi selain itu ikan bilis mengandungi omega 3 yang tinggi.
diketahui umum....omega 3 membantu merendahkan paras trigliserid dalam darah dan melindungi kesihatan jantung.
ikan bilis juga mengandungi protein yang tinggi, kalsium, magnesium, fosfat dan selenium serta niacin (vitamin B) dan zat besi.
kecil tapi banyak kebaikannya si ikan bilis ni.

maka....
boleh tak dapatkan nasi lemak tanpa kolesterol?
memang tak bolehlah....


cuma boleh dikurangkan kesannya ke atas badan kita.
ini cara saya..

1. semasa nak masak nasi,masukkan sekali bawang putih ke dalam beras dan santan.saya gunakan bawang putih yang agak banyak.untuk seimbangkan rasa,juga letakkan bawang merah.

2. gunakan juga halia di dalam nasi.halia membantu membuatkan usus lebih selesa (buang angin) dan memberikan rasa dan bau yang sedap kepada nasi.

3. bersihkan ikan bilis termasuk membuang kepala dan semua najisnya. kemudian rendam sebelum digoreng.kepala ikan mengandungi paras kolesterol yang lebih tinggi.

4. seimbangkan hidangan dengan menggunakan telur rebus bukannya ayam goreng.

5. pastikan ada ulamnya iaitu hirisan timun sebagai sumber serat.

6. tambahkan juga kacang tanah (goreng tanpa minyak adalah lebih berkhasiat).kacang tanah mengandungi vitamin B3 dan copper yang membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.


jadi....bagi yang rungsing dengan tahap kolesterol,dapatlah makan nasi lemak tanpa rasa gusar.tapi janganlah amalkan selalu.bila makan dengan kerap pastinya lambat laun kolesterol akan naik juga.
sentiasa bersederhana dalam pemakanan kita.


TIPS supaya hidangan nasi lemak lebih sedap;

1.  masukkan daun pandan semasa memasak nasi
2. masukkan sedikit garam ke dalam nasi serta sedikit gula untuk menjadikan nasi lebih enak.boleh tukarkan dengan gula stevia atau madu asli.
3. masukkan daun pandan semasa menumis bawang untuk membuat sambal. juga campurkan sedikit ikan bilis ke dalam sambal.


NOTES:
jangan tanya sukatan sebab saya memasak tanpa ada sukatan yang tetap....main campak saja.masak dengan tenang...hihi.







3 comments:

Cik Iman said...

Susah nak sihatkan hidangan macam nasi lemak nie sebab tanpa "lemak" tu tak sedap :(

Unknown said...

Nasik lemak memang sedap dimakan.. tapi tak leh la amik selalu kan.. kalau pagi nasik lemak, tngh hari kari ayam, dah berdouble-double lemak nya.. haha
CARA MENGHILANGKAN BINTIK KOLESTROL DI BAWAH MATA

Unknown said...

dah jarang makan nasi lemak sbb kandungan kolesterolnya tinggi. Badan pun dah macam naik

Suplemen tambahan untuk anak elak jangkitan penyakit