Tuesday 16 December 2014

GATAL DAN MENYAKITKAN...KETAHUI 10 PUNCA KULIT MENJADI TERLALU KERING

salam sejahtera...

antara masalah kulit yang sering dihadapi adalah kulit kering.tanpa mengira jantina dan usia, kulit kering sering mendatangkan kesan sampingan seperti rasa gatal yang keterlaluan.

adakalanya ia menjadikan kulit berubah warna menjadi keputihan (terutamanya bagi yang berkulit gelap) dan ini menjadikan seseorang itu merasa malu dan rendah diri.


APAKAH PUNCA KULIT MENJADI KERING?


ketahui 10 punca utama kulit anda menjadi kering dan cara mengatasinya.

1.  penggunaan krim pelembap (moisturiser) yang tidak betul
ramai yang menyapu krim pelembap ketika kulit kering.adalah lebih baik jika krim pelembap disapu pada kulit selepas bahagian kulit tersebut dibasahkan dengan air.contohnya sebaik selepas mandi,lapkan sedikit air di badan dan kemudian terus sapukan pelembap.ini akan menjadikan lapisan air berada di antara lapisan kulit dan pelembap.ia akan membantu memulihkan kelembapan kulit kita.

pastikan krim pelembap yang digunakan adalah pekat dan sedikit berminyak untuk melindungi kulit daripada kekeringan.


2.  udara yang terlalu kering terutamanya di negara yang mengalami musim sejuk.ia akan menyebabkan kulit turut mudah kekeringan.
penggunaan pemanas udara di dalam rumah juga menyebakan udara kering dan tidak baik untuk kulit.

sekiranya berada di kawasan tersebut,pastikan kita menutup bahagian kulit daripada terdedah kepada udara.gunakan juga krim pelembap yang bersesuaian untuk melindungi kulit.

3.   mandi air panas dengan lama
mandi menggunakan air panas memang boleh melegakan otot.namun jika mandi dalam jangkamasa yang lama, ia akan menghilangkan lapisan minyak asli di atas kulit dan menyebabkan kulit menjadi kering.
kurangkan penggunaan air panas semasa mandi untuk mengelakkan kerosakan kulit.




4.   penggunaan sabun secara berlebihan
sabun mandi hendaklah digunakan secara minima.tidak perlu menyabun badan dengan banyak dan dalam jangka waktu yang panjang.sabun boleh menghilangkan lapisan minyak pada permukaan kulit, sama seperti kesan air panas.

gunakan sabun tanpa pewangi kerana ia kurang merengsakan kulit.semasa mandi juga, elakkan penggunaan span atau scrub yang boleh merosakkan lapisan luar kulit.




5.  pilih pakaian yang sesuai yang diperbuat daripada material yang tidak merengsakan kulit.bagi kulit yang sensitif, jika menggunakan pakaian yang tidak sesuai ia boleh menyebabkan rasa gatal dan kulit menjadi semakin kering dan rosak.


6.   ubat-ubatan
sesetengah ubat juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering seperti ubat darah tinggi dari kumpulan diuretics yang menggalakkan pengeluaran air dari badan.
ubat retinoids yang digunakan untuk jerawat juga mengeringkan kulit.


7.   penyakit
antara masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering ialah
*    ekzema
*    kencing manis
* hypothyroidism (kekurangan hormon thyroid menyebabkan kekurangan lapisan minyak pada kulit)
*     kekurangan zat makanan


8.   kurang pengambilan air minuman secara jelas boleh menyebabkan kulit menjadi kering terutamanya jika cuaca sejuk.


9.   pemakanan yang tidak seimbang.
lapisan minyak asli/natural pada permukaan kulit dibentuk daripada bahan asid lemak.kekurangan makanan yang mengandungi asid lemak terutamanya omega 3 menjejaskan kelembapan kulit.begitu juga dengan omega 6.
tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 seperti ikan salmon,sardin,tofu, kacang soya serta walnut.
omega 3 dan omega 6 juga boleh diperolehi daripada suplemen.


10.   kekeringan bibir mulut
ia biasanya berlaku pada seeorang yang gemar menjilat bibir secara berterusan.begitu juga dengan penggunaan gincu bibir dari jenis yang tahan lama (long lasting).
amalkan penggunaan pelembap bibir sebelum menggunakan gincu.




ubah cara hidup kita untuk memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan yang lembap dan sihat.
kulit yang kering akan memudahkan seseorang itu mengalami ekzema atau kegatalan yang serius.apabila digaru, kulit akan luka atau melecet dan terdedah kepada jangkitan kuman dan seterusnya boleh meninggalkan parut.



Shaklee menyediakan beberapa suplemen yang boleh membantu menjaga kelembapan kulit anda.
suplemen ini juga membantu memperbaiki kulit yang rosak dan mengembalikan pesona kulit anda.


pilih gabungan suplemen yang bersesuaian dengan masalah anda dan selesa dengan bajet anda.  






UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT 
HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments: