Monday 15 December 2014

GATAL MIANG MEXICO....BUKAN SEKADAR GATAL BIASA

salam sejahtera..

beberapa minggu kebelakangan ini kita dibawakan dengan penemuan tumbuhan yang merbahaya kepada manusia dan haiwan.
tumbuhan yang kelihatan seperti tanaman hiasan kerana mempunyai bentuk daun dan bunga yang menarik ini dikenali dengan nama Miang Mexico.nama saintifiknya adalah Parthenium Hysterophorus.daunnya kelihatan seperti daun Ulam Raja namun bentuk bunga adalah berbeza.
ia tersebar melalui udara menjadikan kadar penyebarannya adalah tinggi dan sangat cepat.

 rumpai miang mexico

bunga miang mexico



pokok ulam raja

bunga ulam raja



bahan kimia di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 'parthenin' menjadi punca berlakunya tindakbalas alahan.
pendedahan kepada Miang Mexico boleh menyebabkan seseorang itu mengalami:

* kegatalan kulit
* allergic rhinitis (alahan hidung/pernafasan)
* asthma
* allergic bronchitis
* pernafasan tersekat/sempit
* bintik hitam dengan rasa panas sekeliling mata
* cirit birit


pada haiwan ternakan yang termakan rumpai miang mexico ini, ia turut menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang dan hati serta penurunan pengeluaran susu.





kesan kegatalan pada kulit adalah serius dan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.





awasi kawasan sekeliling rumah dan padang permainan yang sering dikunjungi anak-anak kita.elakkan daripada menyentuh rumpai ini secara langsung.sekiranya anak-anak mengadu mengalami kegatan kulit selepas bermain di padang mainan sila tinjau kawasan tersebut untuk memastikan puncanya.

jika terdapat rumpai miang mexico ini di kawasan rumah, ia boleh dicabut namun pastikan kita menggunakan sarung tangan getah,kasut yang sesuai serta penutup hidung/mulut (mask) untuk mengelakkan berlakunya tindakbalas alahan.

pokok-pokok yang terlalu banyak dan matang boleh dihapuskan dengan penggunaan racun rumpai namun ia tidak mudah mati seperti rumpai biasa dan kadangkala memerlukan semburan berulang.



bagi orang yang gemar berkebun dan menanam pokok bunga seperti saya memang agak mudah terpedaya dengan kecantikan pokok dan bunganya....namun perlu lebih berhati-hati selepas ini.









No comments: