Tuesday, 9 December 2014

BARAH PAYUDARA TAK KENAL USIA...CARA KESAN KETULAN DI PERINGKAT AWAL

salam sejahtera..

pernah dengar singkatan ini...PSP?
bukan FB 'Penduduk Sungai Petani'....
tapi Pemeriksaan Sendiri Payudara.

di klinik ibu dan anak biasanya ada jururawat yang akan memberi maklumat kesihatan tentang PSP.ianya sangat penting untuk dilakukan oleh semua golongan wanita yang telah mencapai usia baligh.jangan menyangka bahawa yang berusia belasan tahun tidak perlu melakukannya. penyakit barah payudara boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.



BAGAIMANA MELAKUKAN PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP)?


waktu yang baik adalah selepas habisnya haid kerana pada masa ini payudara tidak lagi terlalu tegang dan tidak sakit semasa ditekan.
boleh dilakukan sambil berdiri atau berbaring.
sebelum itu, berdiri di hadapan cermin dan perhatikan jika ada sebarang perubahan yang berlaku pada payudara berbanding masa sebelumnya. 


pemeriksaan sendiri payudara

kemudian periksa payudara dengan menggunakan tangan.
tangan kiri memeriksa payudara kanan manakala tangan kanan digunakan untuk memeriksa payudara kiri.
gunakan bahagian tengah jari untuk menekan payudara.elakkan memicit menggunakan hujung jari.

mulakan dari bahagian tengah payudara dalam bentuk pusingan dan semakin menghala keluar.
periksa juga bahagian ketiak untuk memastikan adanya ketulan ataupun tidak (kelenjar di bahagian ketiak).


boleh gunakan salah satu daripada cara ini


akhir sekali pastikan tiada sebarang cecair keluar dari puting susu dengan cara memicit bahagian areola (kawasan berwarna gelap sekeliling puting susu).





jika terdapat sebarang tanda yang mencurigakan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
sebarang ketulan perlu diperiksa dengan lebih lanjut untuk memastikan jenisnya sama ada kanser ataupun ketulan biasa yang tidak merbahaya.




APA YANG AKAN DOKTOR LAKUKAN

1. mengambil sejarah penyakit untuk mengetahui tempoh berlakunya ketulan, tanda-tanda sampingan seperti sakit, demam dan sebagainya.
mengenalpasti faktor risiko yang lain seperti sejarah keluarga yang mengidap kanser.

2. pemeriksaan fizikal
dilakukan untuk menentukan saiz,lokasi dan sifat ketulan tersebut serta memeriksa kelenjar di bahagian ketiak.

3. pemeriksaan fizikal yang lain sekiranya perlu

4. ujian mammogram serta ultra sound untuk melihat ketulan tersebut dengan lebih jelas.

5. biopsi
mengambil contoh tisu pada ketulan untuk dianalisa di makmal.biopsi sangat penting untuk menentukan jenis ketulan tersebut sama ada tisu yang membesar itu dari jenis sel kanser ataupun tidak.

6. CT Scan
kadangkala ia dilakukan untuk melihat sama ada kanser telah merebak ke anggota badan yang lain (untuk kes tertentu sahaja).


hasil daripada ujian yang dilakukan, doktor akan menentukan apakah rawatan yang terbaik untuk pesakit.




RAWATAN YANG  BIASA DILAKUKAN

1. KETUMBUHAN BIASA
mengeluarkan ketumbuhan melalui pembedahan

2. KETUMBUHAN KANSER
i.  mengeluarkan ketumbuhan dan kelenjar limpa
ii. pembedahan membuang keseluruhan payudara berserta 
kelenjar limpa

disertai:
rawatan kimoterapi 
atau radioterapi
atau kedua-duanya sekali




lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara secara berkala untuk mengesan ketumbuhan pada peringkat awal supaya rawatan menjadi lebih berkesan. 



####AMALKAN VIVIX UNTUK MENCEGAH PENYAKIT KRONIK



UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA: 
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751 
FB (PM) iedaabdullah 




  These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 comments:

Mak Jemah Jual Vitamin said...

memang ngeri dan jd igauan ngeri wanita, mintak dijauhkan..

Unknown said...

MJJV (nama glamer...hihi)

betul tu...rawatannya pun sangat memeritkan.