salam sejahtera...
hari semakin menginjak ke malam....
saya suka malam sebab pada saya ia adalah waktu untuk badan dan minda berehat walaupun kadangkala separuh dari malam tu di habiskan di luar...hehe
alhamdulillah...hari ini berjaya dilalui dengan sebaiknya.menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
permulaan pagi yang agak kelam kabut kerana mengejar masa.
di tengah hari keadaan lebih teratur dan menempuhi petang dengan debaran bila terpaksa memandu seorang diri dalam hujan yang sangat lebat.
hakikatnya...fobia mengharung air banjir 2010 masih ada.
kisahnya di sini
awal petang menghantar kakak ke rumah di kampung setelah selesai urusan di sini untuk hari ini.sepanjang jalan hujan turun di beberapa tempat.ada yang lebat..ada yang renyai.
sampai di kampung cuaca cerah terang benderang.dalam perjalanan balik sebaik menghampiri kawasan tempat tinggal (15 minit drive di hari biasa), hujan mula turun dengan lebat.banyak kawasan jalanraya yang dinaiki air.air melintas jalan bukannya air bertakung biasa,maka ada arus sedikit.redah sahajalah sebab nak cepat sampai rumah...pening asyik tengok wiper bekerja.
mujur baru sekitar jam 5 petang.jika malam memang surrender...tak nampak jalan.
sampai kawasan perumahan berhampiran rumah,air masih lagi banyak di atas jalan...banjir kilat sebenarnya.simpang nak ke ofis juga dinaiki air.maka menyinggah dahulu di rumah mak mertua.nak balik rumah tak berani sebab dah tahu simpang memasuki kawasan rumah akan ada air bertakung yang banyak.takut kereta tersangkut di situ.
asif...anak jiran lama yang tengah seronok main air.
main sorang ja pun menjadi budak ni..
sibuk minta handfon nak ambik gambar...
pening ka kau dik?....
basahlah tepon nanti...hujan tengah lebat tu.
parking tepi jalan kat kawasan perumahan tepi bangunan ofis ni sekejap..
dok fikir nak buat apa...hihi
air melimpah di jalan utama.
alhamdulillah selepas solat asar hujan makin reda.bergerak ke ofis (lewat satu jam)...tengok jalan pun dah kering.
gerun sebenarnya bila memandu dalam hujan lebat.tambahan pula bila ada kereta lain yang tak pasang lampu dan bila berselisih dengan motosikal.zikir dan doa saja mengiringi sepanjang jalan.
terimakasih Allah kerana melindungiku sepanjang perjalanan tadi...
juga melindungi perjalanan encik suami yang baru pulang dari KL...
PADA MUSIM CUACA TIDAK MENENTU INI ADALAH MUDAH BAGI KITA UNTUK MENGALAMI JANGKITAN VIRUS...
TINGKATKAN TAHAP IMUNITI TUBUH DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN C SECARA BERTERUSAN
PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE (VITA C PLUS) MASIH BERLANGSUNG...HARGA YANG SEDIA MURAH MENJADI BERGANDA-GANDA LEBIH MURAH DAN BERBALOI.
JUGA TERDAPAT DALAM BENTUK BOLEH KUNYAH (CHEWABLE C) UNTUK
KANAK-KANAK
UNTUK PESANAN/MAKLUMAT LANJUT
HUBUNGI SAYA:
IEDA ABDULLAH SMS/WA : 010-7796751
FB (PM) iedaabdullah
No comments:
Post a Comment